Gerbang Graduasi
Sunday, December 26, 2010
Selesai dengan hard cover report submission jumaat lepas, maka berakhir sudah Final Year Project (FYP) untuk aku dan teman-teman sekuliah yang lain. Menandakan juga berakhirnya empat tahun pengajian kejuruteraan di UIA. Lebih kurang sebulan jugalah lamanya FYP ni makan masa. Lepas habis je final exam, semua all out siapkan projek sebelum tarikh yang ditetapkan. Ada juga yang tidak berkesempatan siapkan on time. Sama-sama doakan yang terbaik buat mereka.
Gembiralah bagi mereka yang sudah habis pengajian. Berbeza dengan aku yang ada satu lagi semester tambahan untuk ditempuhi. Pastinya ada sedikit cemburu di benak hati melihat ‘mereka-mereka’ itu semua, sorang demi sorang pergi meninggalkan UIA tercinta. Aku tak mahu jadikan alasan "course mechanical adalah yang paling susah" sebagai sebab aku tersangkut. Tak mahu juga salahkan ‘Tok Moh’ dan lecturer-lecturer killer mechanical sebab aku tertinggal. Sila salahkan diri sendiri! Ini semua sebab aku sendiri yang malas dan semakin malas hari ke hari! Dan akibatnya, ada balance 9 credit lagi untuk disetelkan. Takutnya, bila banyak free time makin malas jadinya.
Apa yang best kurang sedih, sebenarnya ramai je kawan yang extend semester. Course mechanical Adib saja yang habis on time. Err..sorang je? Untungnya batch 062 macam aku ni sebab ada balance satu semester sebelum convocation. Maknanya aku berpeluang untuk ambil segulung ijazah, pakai robe dengan mortar board smart-smart bersama ‘mereka-mereka’ itu nanti (kalau diizinkan Allah). Kuranglah sedikit kesedihan di hati ini. Memang sadis tak terkata kalau kita hanya dapat tengok saja kawan-kawan batch konvo.
Apa yang pasti, bilik aku yang jadi sarang port tumpuan kawan-kawan untuk lepak study mesti akan jadi sunyi sesunyi-sunyinya semester ni. Tiada lagi jasad yang tidur kat katil aku, tiada lagi bunyi jeritan yang mengganggu jiran compartment aku, tiada lagi sekumpulan selipar yang bermesyuarat di pintu bilik, tiada lagi pembancuhan satu jag kopi kapal api, tiada lagi movie dan FIFA berjemaah, tiada lagi...(arghhh~air mata mula bertakung di celah mata :p)
Tapi kena redha and keep moving forward! Mungkin ada hikmah di sebalik ni. Mungkin CGPA aku boleh naik sikit. Mungkin aku boleh belajar banyak engineering softwares lagi. Mungkin dapat study dengan aman. Mungkin aku boleh lengkapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Mungkin aku ada peluang untuk berjumpa bakal isteri.
Apa-apa pun tahniah kepada kawan-kawan aku yang sudah grad dengan jayanya. 6 tahun kita bersama since matrik and we have to separate. Masa memang pantas. Haha..walaupun macam gay sikit bunyinya aku nak beritahu...
I’LL BE MISSING YOU GUYS!
4 comments:
Takpe.. Kurang men Fifa, beh cocentrate study.. ^^ Gambar macam arkitek lak kat atas tu.. hoho erk. Adib sedang tak ready kah?
Good luck!
tahniah cik fana sudah grad...hehe!
dpt keje belanje sy secret recipe ye
adib tgh cover perut dia yg bunc :p
so gay, but it's permissible n_n in this case only :p
haha..malu kalau diorang tahu
Post a Comment