APAC 2010 - Tutup Tirai
Sunday, December 12, 2010
Asia Pacific Autodesk Design Challenge 2010 menutup tirai dengan jayanya. Walaupun team UIA Malaysia tidak berjaya merangkul sebarang award tapi sekurang-kurangnya satu lagi team Malaysia dari UTM menjuarai kategori Architecture. Apa yang penting, pengalaman selama 5 hari di sana betul-betul mengajar aku betapa pentingnya menguasai pelbagai software.
Sebagai team yang mewakili Malaysia dalam category Manufacturing, memang agak mencabar jugalah kalau nak menyaingi team lain yang memang dari lapangan industrial design dan manufacturing. Lagi-lagi projek yang kami bawa ini hanyalah projek kelas yang mempunyai nilai 10% daripada semua work assessment subjek CAD/CAM. Memang satu bidang terjun bagi kami, lagi-lagi Autodesk software itu sendiri start dipakai semester lepas. Sebelum ini biasa guna Catia sahaja. Itu pun atas inisiatif kitorang untuk belajar sendiri sebab tak ada siapa yang boleh ajar di UIA tu.
Apa yang silap pihak penganjur awal-awal lagi menayang semua hasil kerja finalist pada hari pertama lagi. Terus terang aku sangat-sangat terkesima dengan projek mereka especially teams China dengan Korea. Seterusnya pihak Autodesk hanya menyediakan satu pemenang sahaja untuk setiap category, bermakna second and third places tiada. Sebab-sebab inilah yang menyebabkan moral jatuh merudum umpama buah durian gugur ke bumi. Bukan sebab mudah putus asa, tapi melihatkan kerja mereka bukan mudah untuk menyaingi dan ia memerlukan masa sebulan dua untuk disiapkan.
Program ni ala-ala bootcamp dimana kita kena memerah otak, determine problem yang ada, develop solution dan pastikan design yang kita buat berjaya menawan hati pembeli. Bukan main design sesuka hati. Kena ada case study juga. So jangan fikir kami join program ni untuk bersuka ria. Pressure setiap hari memang tak tahu nak kata apa. Malah lebih teruk lagi daripada FYP sebab dalam 5 hari projek mesti ada improvement dan logik untuk direalisasikan.
Setiap hari pukul 8am dah kena tunggu di lobi untuk dihantar ke Cyberjaya, MSC Innovation Centre. Pulang ke hotel pukul 11pm dan memang tiada masa untuk membuat benda lain. Final day sebelum projek submission kena stay overnight kat Cyberjaya siapkan projek. Memang macam hamster yang dipaksa berlari dalam wheel untuk menghasilkan tenaga elektrik. Mujur ada Nescafe dispenser sebab hamster tak minum nescafe. Mocha, cappuccino, espresso, choc-a-cino, black coffee atau milo boleh diminum dengan hanya tekan sahaja. Memang feel habis minum sebab dalam ‘kandang’ tu mengalami kesejukan melampau.
Satu lagi yang aku tak berkenan dengan kehadiran krew dari Animax. Untuk program ni, Animax adalah official media di mana semua kerja kita direcord untuk tayangan dalam rancangan diorang nanti. Konon nak buat macam Nescafe Kick Start tu la kot. Apa yang kelakar bila giliran team kami untuk ditemuramah. Boleh kata krew tu kena ambik lebih 10 takes untuk aku sahaja. Ada saja yang silapnya, tergelaklah, mata tak pandang kameralah, tangan peluk dadalah, lidah terbelitlah…senang cerita tanya je teammates aku yang lain. Terus terang aku memang tak suka langsung masuk TV dan ditemuramah. Malu tak terkata betullah time tu. Lain dari tu, ada saja benda yang producer suruh buat. Nak submit projek tu pun kena berlakon. Nak bergambar kena menjerit, terpekik sana sini. Kami ni UIA kot…haha!
Terima kasih kepada Autodesk sebab memberi peluang untuk menyertai program ni. Memang satu pengalaman berharga dan tak boleh dilupakan. Merasa juga dapat berkawan dengan budak-budak Korea, China, Taiwan dengan India yang memang peramah. Last day dapat swimming sama-sama dengan Korean tu. Mestilah aku menang.
Selasa ni prize giving ceremony untuk national level hari tu kat Putrajaya. Mintak-mintaklah tiada apa-apa press conference ke, demonstration ke, dan sebagainya. Tak ada mood nak cerita dah. Haha!
critique session for the oz guys
korean guys, team bibimbop
teams taiwan and china
0 comments:
Post a Comment