Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wordless Wednesday #5

Wednesday, October 12, 2011

Read more...

Konvokesyenku

Tuesday, October 11, 2011

Salam semua. Post kali ni berkisar tentang konvokesyen aku. Tak tahu macam mana nak cerita. Happy dan excited la juga, walaupun awal-awal aku macam tak semangat nak berkonvo. Bila tiba hari konvo, segala perasaan tu berubah menjadi sangat-sangat-sangat happy! bahagia! bersyukur! Jerih perit payah penderitaan bebanan yang kita tanggung selama 4 tahun setengah kita belajar AKHIRNYA dibalas dengan satu penghargaan…BACHELORS’ DEGREE! once in your life!!

So untuk tahun ni Majlis Konvokesyen UIA jatuh pada 8-9-10 Oktober 2011, dan untuk Kuliyah of Engineering dalam sesi ketiga, Ahad pagi, hari kedua. Sekali dengan graduan dari Kuliyah of Laws. Semua family aku datang kecuali sorang kakak yang ikut suami balik JB. Sangat-sangat-sangat terharu! Lebih-lebih lagi aku yang last, penutup legacy anak-anak Hj Arman di UIA! Believe it or not! Kesemua adik beradik aku yang enam tu lulusan UIA. Bukan itu sahaja, ipar duai pun semua dari UIA. Satu rekod! Layak sangat dapat penghargaan…hehe!

Terima kasih kepada family dan sahabat-sahabat yang bagi bunga, bear dan coklat. Tak lupa juga buat anda ‘yang istimewa’! You’ve made my life more colourful! Thanks! Mengambil quote dari seorang sahabat, “Mungkin kita tidak merasa kegembiraan konvokesyen. Namun jika diselami hati dan perasaan mereka yang tidak bersama-sama konvo, anda pasti bersyukur dengan nikmat Tuhan ini.”

Dari tadika…pastu masuk sekolah rendah. Lepas UPSR beralih ke peringkat menengah. Lepas PMR pindah sekolah yang lagi elok. Selesai SPM dapat tawaran ke Pusat Matrikulasi UIA. Habis matrik, beralih pula ke main campus UIA Gombak. Kemudian segenggam ijazah dalam tangan. Sesekali muhasabah diri, kita lihat satu persatu fasa perjalanan kehidupan yang kita lalui. Nun di sana masih jauh lagi yang perlu ditempuhi…

Sekalung TAHNIAH dan PENGHARGAAN buat rakan-rakan dan graduan UIAM class of 2010! Habis sudah pengajian degree 4 tahun kita. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi. It’s time for the beginning of brighter future…INSYAALLAH!!




Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP