Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cuti-cuti Indonesia - Sambungan

Saturday, November 28, 2009

Rabu malam lepas aku dan family pulang ke Malaysia tercinta. Alhamdulillah, pergi dan pulang dengan selamat tanpa berlaku apa-apa yang tak diingini. Yelah, siapa tak risau. Sejak kebelakangan ni kan ada bencana, terrorist, dan kumpulan yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang nak mengusir orang Malaysia. Na’uzubillah!


Kalau boleh sebenarnya nak update sepanjang berada di sana, tapi tak ada perkhidmatan internet di lobby hotel kat Bandung dan Jakarta. WiFi pulak tak free, kena beli prepaid kad. Tak macam kat Malaysia WiFi dah merata kat semua tempat, free pulak tu.


Nak sambung hari kedua di Indonesia, kami sekeluarga bergerak ke Kota Bandung. 3 jam lebih dari Cianjur, Puncak. Plan asal nak ke Tangkuban Perahu, tapi ditakuti terlalu macek (ramai, padat, jam) di situ sebab hari Ahad. So kami dibawa terus ke factory outlets macam Rumah Mode, Heritage, Summit dan macam-macam lagi. Kat sinilah tempat menjual pakaian-pakaian branded. Kebanyakan lebihan pengeluaran untuk diexport. Kalau sehari memang tak cukup, memang rambang mata tengok. Duit bawak pun sikit je…isk3!~ Lepas isyak dan dinner, kami check in hotel. Sebelum tidur ada explore channel tv yang ada kat Indon ni. Alangkah banyaknya. Dalam dan luar negara. Semua boleh dapat. Free pulak tu. Ada channel korea dan japan, Arashi tengah perform. Kalaulah channel ni ada kat Malaysia mesti ramai peminat-peminat fanatik melekat depan tv je. Kat Indon ni kita just kena beli parabola dan letak kat bumbung rumah. Tak macam Malaysia, ada Astro. Pure monopoly betul. Mana tak untung maple sorang tu.


Hari ketiga seperti dijanji ke Tangkuban Perahu, gunung berapi yang masih aktif. Namanya macam ni sebab bentuk gunung ni macam perahu yang terlangkup. Kawasan kat sini tak kurang sejuknya macam kat Puncak, lagi-lagi lepas hujan. Udara yang nyaman bercampur bau belerang (sebab kat gunung berapi). Satu lagi pelancong kena hati-hati dengan pedagang-pedagang kat sini. Diorang sentiasa ikut je ke mana kita pergi dan tak jemu-jemu memujuk untuk membeli barang-barang jualan diorang. Kita keseorangan kena berhadapan dengan 5 ke 6 orang pedagang. Tapi yang bestnya boleh tawar sehingga 50-60%. Kat sini juga ada jual strawberry, raspberry dengan blueberry yang manis-manis belaka, Cameron Highland tak boleh lawan kemanisannya. Selesai di Tangkuban Perahu, singgah sebentar ke Sari Ater, kolam air panas berhampiran gunung berapi tu. Bukan untuk mandi, tapi untuk celup kaki merasai kehangatan air tu. Suhu sekitar 40-50 C memang menyegarkan kaki, tapi tak melepuh, cuma merah-merah jela. Kemudian, kami langsung (terus) ke Pasar Baru. Sini lebih kepada pakaian tradisional, baju batik, telekung, kain ela, kerepek dan sebagainya. Macam kat Padang Besar, Pasar Siti Khadijah, Pekan Rabu kat Malaysia. Kaum-kaum ibu, kakak memang gemarlah tempat-tempat sebegini. Lepas dinner pergi Toko Tiga, tempat jual pakaian khusus untuk laki. Jeans, t-shirt polo, jaket...sume ada. Original dan murah!





































Tentatif hari keempat, kami sekeluarga kembali semula ke Jakarta menuju Ancol, semacam Disneyland. Luasnya berhektar-hektar. Ada under waterworld, 4D theater, water park dan pelbagai lagi. Tapi hanya sempat ke theme park atau dipanggil Dunia Fantasi (Dufan) sahaja hari tu. Masuk sahaja tempat ni hujan turun dengan lebat. Kenalah berteduh sejam camtu kat restoran. Keadaan kat sini sangat-sangat padat. Ingatkan masuk hari selasa kuranglah sikit orang, tapi tak. Bayangkan weekday kat sini macam weekend kat Malaysia. Terlalu ramai! Semua mainan yang ada mesti kena beratur panjang. Ni membuktikan penduduk Indonesia ramai sangat. Di Jakarta sahaja ada 12 juta, separuh rakyat Malaysia! Nak taknak terpaksa jugalah beratur. Dapatlah main 4-5 permainan. Dah penat bermain, dinner kat restoran seafood berdekatan. Suasana tepi laut memang menenangkan. Jakarta kat tepi laut rupanya, baru tau…huhu!












Hari rabu hari terakhir di Indonesia. Sebelum ke airport, sekali lagi melontar (shopping) untuk kali terakhir di Mangga 2. Kat sini macam kat Sungei Wang Plaza, jual pakaian, beg, dan seumpamanya. Tapi tak banyak sangat pilihan macam kat Pasar Baru. Tempatnya pun besar dan luas. Memang tak sempat nak explore semua kedai. Pukul 12pm dah kena berangkat ke airport. Ada kedai jual cd cerita. Try cari Ketika Cinta Bertasbih 2, tapi tak keluar lagi.



Setibanya di Kuala Lumpur (Sepang sebenarnya), kita dapat lihat perbedaan ketara antara dua negara ni. Dah tentu Malaysia lagi maju. Bab-bab fasilitas, infrastruktur, bangunan, service dan seumpamanya Malaysia memang superb dan world class!! Kat Malaysia tak ada rumah-rumah setinggan, tak ada penjual-penjual tepi jalan yang paksa kita beli, bersih dari sampah sarap dan dijaga rapi. Proud to be Malaysian senang cerita. Cuma tak suka certain pemimpin Malaysia sahaja. Dalam perjalanan pulang mak bersuara, “Asyik pergi Indon je, dah jemulah!”

Read more...

Cuti-cuti Indonesia - 1st Day

Saturday, November 21, 2009

Alhamdulillah!! Hari ni family selamat sampai ke bumi Indonesia. Kali ni bercuti di tiga bandar besar Indonesia di Jawa Barat, iaitu Jakarta, Bandung dan Puncak.

Sampai di Airport Soekarno-Hatta, Jakarta kami dibawa ke Taman Mini Indonesia. Taman ni dibangunkan oleh isteri Soeharto sebagai tempat istirehat keluarga. Kalau siapa-siapa nak kenal budaya-budaya kat Indon ni, pergi je tempat ni. Ada rumah minangkabau, rumah orang papua, sulawesi, bali dan semua jenis kaum yang ada kat Indon. Kat sini ada sky lift dan monorel, tapi macam tak dijaga. Sama la macam environmentnya. Daun-daun pokok bersepahan, lalang dan sampah macam tak diambil kisah. Keluar dari TMI, kami lunch di sebuah restoran masakan Padang yang sungguh menyelerakan.













Seterusnya kami ke Puncak, sebuah bandar yang sungguh dingin, seperti di Cameron Highland. Di sini kami dibawa ke Taman Safari yang menghimpunkan pelbagai jenis haiwan bukan sahaja dari Afrika, malah haiwan-haiwan tropika juga menginap di safari ni. Keunikan safari ni, kita boleh masuk menggunakan kenderaan sendiri, dan haiwan-haiwan di sini bebas berkeliaran. Buka sahaja tingkap kereta untuk memberi makanan kepada mereka. Ditambah dengan kedinginan yang mencucuk tulang, sudah pasti ni satu pengalaman yang menyeronokkan. Even tiket agak mahal Rp140,000 (RM50) tapi puas hati jugak la. Tempat mana boleh tengok binatang macam zebra, illama, rusa, harimau, singa, gajah dan kerbau jalan-jalan tepi kereta kita. Kat sini jugak ada theme park, water park, restoran, animal show dan sebagainya. Tapi petang tadi hujan renyai, tak dapat explore semua tempat, sama macam Malaysia ada musim hujan. Bawak budak kecik ramai, takut demam pulak.

Sebelum maghrib kami sampai ke Hotel Cianjur untuk check in. Selepas solat dibawa ke restoran masakan Sunda yang tak jauh lazatnya. Balik makan, nampak swimming pool di tingkat bawah...mana boleh tahan. Dah lama tak turun. Hehe!

Dan sekarang tengah tunggu adik beradik aku yang lain sampai sini. Sebab booking tiket flight lain masa dulu.

Esok insyaAllah kami akan ke Bandung, syurga membeli belah. Akan juga singgah ke Sari Ater untuk mandi air panas, dari Gunung Berapi yang berhampiran. Tangkuban Perahu tak silap namanya.

...to be continued InsyaAllah!
gambar akan menyusul kemudian...

Read more...

Diserang keracunan

Tuesday, November 3, 2009

Ni kali kedua café faruq kena tutup sebab food poisoning. Punca yang sama dengan sebelum ni, tak lain tak bukan gerai yang menjual mixed (fries dan sausage digoreng dengan telur). First time short sem hari tu dan kali ni minggu lepas. Kesian kat satu café tu kena tutup, bak kata pepatah melayu, tumpah nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Tah rugi bape puluh ribu tah tu.

Nak dijadikan cerita rabu hari tu, dalam pukul 2 pagi Thaqif ajak mentong (makan lewat malam). Dan malam tu jugalah tengok gerai mixed tu sungguh menyelerakan. Order bersama dengan roti nan. Perghhh!!~ Makan sampai licin jugaklah. Mayonis dan sos cili yang melekat kat polisterin tu dilap bersama dengan nan. Tapi tak dapat dinafi memang lain sunnguh rasa mixed malam tu. Sedap giler! Lain dari yang lain! Bak kata Thaqif…dan aku. Sambil jilat-jilat jari.


Benda yang sedap tu lah sebenarnya punca keracunan tu. Mayonis yang dibuat sendiri…



Dan sebab peristiwa ni lah budak-budak ni nak kenakan aku. Bila nak supper je, ajak makan mixed sambil muka tersenyum-senyum. Hampeh tol…


Nanti kalau ada masa nak bagi cadangan kat pengusaha café tu melupuskan je semua pekerja BANGLA kat café tu. Kalau cakap pengotor kat diorang ni macam kasar la pulak. Tapi tu lah realitinya. Cuba tengok gerai mixed kat siddiq, ada pernah keracunan? X pernah. Sebab bukan BANGLA yang jaga. Tender Faruq yang dulu dah tukar (sebab food poisoning gak), masuk tender baru…tapi brader-brader BANGLA ni tak tukar-tukar. Masalah yang sama berulang la jawabnya.


3 hari jugaklah tak lalu makan. Makan roti pun boleh tak habis. Tapi balik rumah Sabtu, mak masak ketam goreng. Mana boleh tahan…makan masakan mak sihat terus. Hehe! Thanks mom! <3

Sekadar gambar hiasan.. Ni bukan mixed. Hehe!~

Read more...

Kisah seorang lecturer

Thursday, October 15, 2009

Alkisah…


Ada seorang lecturer yang pelik.


Buat midterm yang hanya mengandungi satu soalan.


Satu soalan yang bernilai 100 peratus.


Memang do-or-die punya soalan.



Tapi…


Lepas dah di’marking’ taknak pulak letak markah.


Nak jugak kita letak markah sendiri.


Bila minta markah sekian-sekian taknak pulak kasi.


Hey..pelik punya lecturer!



At last…


Dapat gak markah rendah.


Setanding mereka yang dapat banyak tanda salah dalam kertas jawapan.


Walhal correct semua.


Cuma incomplete jela.



Pengajaran…


Lain kali jangan buat midterm satu soalan je kalau taknak susahkan pelajar.


Bagi markah siap-siap. Siapa yang tak puas hati tu boleh la jumpa.



p/s: Ya Allah! Biarlah sem ni kali terakhir jumpa lecturer sorang ni.


Berkatilah segala ilmuku…ameen~

Read more...

Raya bersama kawan

Tarikh: 4 Oktober 2009


Tempat: Wangsa Melawati, Bandar Baru Bangi, Kampung Melayu Subang, dan Saujana Utama Sg Buloh.



Jalan-jalan raya tahun ni dimulakan dari rumah Fatah di Wangsa Melawati. Dengan hidangan yang sangat melazatkan seperti nasi minyak, salad, cocktail dan kuih tayamum pasti meliurkan siapa yang melihatnya, lebih-lebih lagi lunch hour. Tapi yang menyedihkan, tuan rumah tidak dapat mengikuti rombongan raya selanjutnya. Sebab…gastrik.



Rumah Fatah

Pantang ada masa sikit..TIDUR!


Sejam lebih lepas tu bertolak pula ke Bangi. Siapa lagi kalau bukan rumah 3 orang jejaka kacak ni, Adib, Hasan dan Poji. Tapi tak kesampaian ke rumah Poji sebab yang tidak dapat dielakkan. Lepas ni aku jamin dah boleh ingat jalan ke Bangi selepas ini tahun ketiga beraya ke sana. Lupa jugak tak tahu nak cakap pe.



Rumah Hasan

Rumah Adib

Lepas Bangi, gerak ke Subang, rumahku. Terus terang tak tahu sangat jalan ke Subang kalau dari Bangi. Tapi, thanx to my Garmin GPS installed on my Nokia 5800 (n_n)v.. jalan raya kat Malaysia ni semua dah tahu dah. Yippee!!~ Kat rumah ni makan biasa-biasa je. Open house buat minggu depannya.




Last sekali beraya ke rumah Saif di Saujana Utama, Sg Buloh. Plan asal patutnya tak jadi, tapi mungkin sebab aku terlalu memaksa Saif untuk jemput jugak kitorang. Haha! Sorry Bro.. Sampai pun dah nak dekat maghrib, pastu tunggu Poji yang tak sampai-sampai sebab lalu jalan jauh. Perut masing-masing dah full tank kat sini. Ada kek coklat satu tupperware habis…sedap.



Rumah Saif

Dengan perut yang penuh dengan mata yang semakin berat, dalam pukul 8pm bertolak pulang ke UIA. Jelas terpancar di muka setiap orang wajah kepuasan kerana dapat pergi berjalan-jalan beraya. Setahun sekali je. Kalau ada lagi banyak rumah mesti lagi meriah, especially siapa-siapa yang duduk area SELANGOR & KL! Rasa-rasa macam ramai je… Cuma tak dijemput je.



Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP