Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Juara Autodesk Competition

Wednesday, December 1, 2010


Asalnya hanyalah class project. Tapi tak semena-mena projek tu bertukar menjadi taraf national level! Dalam erti kata lain, projek tu akan mewakili Malaysia ke peringkat Asia Pacific lepas ni. Gembira ada, takut pun ada bila dapat email dari penganjur,



“Congratulations to being a finalist team representing Malaysia at Autodesk Panorama 2010 in the Innovation and Design category.”



Tiba-tiba jadi kanak-kanak terpilih. Masa national level hari tu just submit soft copy dengan emel projek yang kita buat sahaja. Presentation ke, exhibition ke tak perlu semua tu. Berlainan dengan international akan datang ni. Kami kena berkampung di Putrajaya (tahun ni Malaysia jadi host) selama 6 hari. Ada class, training, presentation dan segala macam yang berkaitan dengannya. Kenalah bergaul dengan foreigners juga nanti. Berlainan dengan kat UIA tu, diorang ni non-muslim. So kenalah berjaga-jaga sikit. Dapat awek macam SNSD alangkah bestnya.



Terima kasih kat kawan-kawan yang wish tahniah bagai. Kalau kawan aku menang pun aku bangga. Hehe. Aku tau hanya gurauan semata. Tak kisahlah dengan suara-suara sumbang mengatakan competition tu tidak banyak penyertaan. Pasal tu kami boleh menang. Haha! So what? Siapa suruh tak join. Sekurang-kurangnya kami dapat sijil juara, duit RM1500 dengan mini note PC plus GPS untuk lecturer. Ada eloknya doakan kami jadi juara Asia Pacific pula. Hadiah USD1500 seorang tuu..wuwuuuu~



Projek ni tak akan berjalan tanpa backbone. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada group leader, Saif yang punyai keazaman yang tinggi dan penuh yakin group kita akan menang. Tak lupa jugak buat Hafiz, computer i7 dengan graphic card kau yang maha canggih tu benar-benar membantu. Pengorbanan tidur 3, 4 pagi setiap hari sebelum submit projek tu sangat berbaloi dan membuahkan hasil. Way to go guys! There’ll be tougher challenge waiting for us ahead.


Lepas diumumkan juara, tiba-tiba jadi popular rasanya. Ya Allah, jauhkanlah aku dan kawan-kawanku dari sifat riak dan takbur. Ameen.



UTM: Institut Sultan Iskandar



IIUM Bloggers



Lowyat Forum

3 comments:

sunday December 1, 2010 at 1:18 AM  

"Lepas diumumkan juara, tiba-tiba jadi popular rasanya. Ya Allah, jauhkanlah aku dan kawan-kawanku dari sifat riak dan takbur. Ameen."

aminnn. nape, ramai tetiba add kat fb ke? hehehe

Fuad Arman December 1, 2010 at 1:31 AM  

x popular mane pon sbnrnya. ada nama kita orang share..huhu

phas3r December 8, 2010 at 7:24 AM  

wah tahniah la ko mng..xsangke plak
muz

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP