Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Once Upon a Time in Hong Kong

Sunday, January 16, 2011

Waawww!! Ada orang tu pergi Hong Kong minggu lepas. Bertuah sungguh dapat pergi ke sana. Lagi-lagi time tengah winter kat sana. Walaupun salji tak turun, tapi suhu bawah 10°C memang dah boleh buat tulang sum-sum menggigil kesejukan. Nak cuba try rasa kat bilik, air-cond yang ada ni pun paling rendah 16°C. Nak masuk freezer takut lemas pulak. Nak pergi snow world kat Genting? Harapanlah! Aku bukannya apa, kulit melayu/jawa aku ni memang tak sesuai dengan tempat-tempat sejuk. Hanya iklim tropika atau panas sahaja yang sesuai. Itu pasal la kulit pun sikit lagi nak jadi bontot kuali.



Dengar cerita dari orang tu, memang macam best je Hong Kong tu. Memang dah lama pasang impian nak ke sana. Dulu abang ada ajak tapi rezeki tak menyebelahi. Kalau dah kaya nanti bolehlah jalan-jalan ke sana pula. Ni tidak, asyik pergi Indon, Indon dan Indon saja. Tak global langsung! Haha! Boleh bawak mak, bini dengan anak-anak. Awwwcch.so sweeettt~



Ok. Cukup dengan tingginya khayalku. Sebenarnya nak cerita pasal buah tangan pemberian orang tu dari sana. Rasa memang bertuah dapat kenal dengan orang tu. Setelah lama berpisah dari sekolah, tengok-tengok jumpa balik. Lepas dapat hadiah, lagilah diriku ini sangat bertuah. Yang penting pemberian tu ikhlas dari hati yang tulus dan mulus tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kalau tak dapat hadiah sekalipun tak apa. Yang penting orang tu dapat bergembira sepuas-puasnya kat sana dan dapat pergi dan kembali dengan selamat.



Best rasanya kalau boleh bagi hadiah kat orang. Tanda kita ingat kat orang tu. Benda ni boleh kata tak lari dengan aku. Kalau ada duit lebih memang aku akan allocate sikit untuk kawan-kawan. Paling koman akan aku bagi ialah key chain. Hehe. Siapa-siapa yang dapat baju, beg dengan pen tu memang bertuah la. Teringat kata-kata mak dulu, “Kau beli banyak-banyak ni macamlah kawan-kawan ingat kat kau.” Hmmm…bila fikir-fikir mungkin ada betulnya. Tapi aku harap sangat kata-kata mak dulu ni boleh dinafikan.



Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak-banyak tak terhingga kepada orang tu yang sentiasa mengingati diriku. Rasa best sangat-sangat bila kita dapat berkawan. Diri ini mendoakan agar orang tu dimurahkan rezeki supaya dapat bagi banyak lagi buah tangan ke, ole-ole ke dan souvenir ke kalau pergi ke oversea lagi ye. Haha! TQVM Jee!! :D




13 comments:

sunday January 16, 2011 at 3:56 AM  

ayat nak tergolek bace. siap "tingginya khayalku" semua ada :p

Fuad Arman January 16, 2011 at 11:14 AM  

hahaha...tiba2 lagu tu terlintas di benak fikiran :)

fana January 16, 2011 at 11:58 AM  

Siapa-siapa yang dapat baju, beg dengan pen tu memang bertuah la

Terasa bertuah! hoho

sy sgt menghargai semua pemberian orang...

Orang memberi kita menerima~ kan?

Fuad Arman January 16, 2011 at 5:22 PM  

betul3 :p bertuah betul sape yg dapat tu kan. heehehehhheheh :D

Munsyi January 17, 2011 at 6:54 PM  

hmm..btuah sungguh kan dpt baju~ aku dpt keychain dr ko dlu. plg koman. hee. thanks anyway

Fuad Arman January 18, 2011 at 1:35 PM  

@munsyi: tu tanda aku ingat kt ko shuba...ko je yg x ingat aku

fana January 25, 2011 at 2:09 AM  

BiribiriBiru said:
"Kalau ada duit lebih memang aku akan allocate sikit untuk kawan-kawan. Paling koman akan aku bagi ialah key chain."

sy bukan kawan ke? sy xpernah dpt keychain. jib pon kate "sy pun bkn kwn"... I LOVE HK! hehehe..

paan xde kena mengena. sekian, terima kasih :p

Fuad Arman January 26, 2011 at 11:47 AM  

@biribiribiru: hahaha..nak ke keychain? ade lg lebih yg pg indon hr tu...siyes ni?? boleh kasi :p

Munsyi January 29, 2011 at 12:00 AM  

jeles dengan org yg dpt baju. :P

Fuad Arman January 29, 2011 at 5:27 PM  

aku bg baju kt rumet jela...mang, afif dgn jang...ko bkn rumet aku time tu..x dpt la :D

sunday January 30, 2011 at 2:22 AM  

ye ye je orang yang dapat baju tu rumet je. ingat tatau ka? la la la tralalaa :p

Munsyi January 30, 2011 at 3:08 PM  

ak dgr bkan rumet pon dapat.haha. xkesah la. asal ko ingat ak slalu bile ak xde nnti. :)

Fuad Arman January 31, 2011 at 8:01 AM  

@sunday: haha..rumet jela..tau ape tu? :p

@munsyi: khabar angin je tu shuba...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP