Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Satu Penantian

Wednesday, June 8, 2011

Nak dekat 2 bulan aku habis belajar di uia tu. Nak dekat 2 bulan jugaklah aku tiada pekerjaan lagi, jangankan tetap, part-time pun tiada. Tapi itulah hakikat diriku ini. Celik mata buka email kot-kot ada applications yang berbalas. Tapi, notifications facebook je yang banyak. Twitter pun sama. Masa-masa yang ada banyak dihabiskan di rumah, siram pokok bunga, kemas rumah, belajar masak sikit-sikit. Tiada mood lagi untuk bersungguh-sungguh mencari kerja. Mungkin juga tiada mood sebab nak sertai 3P.



3P tu apa? 3P singkatan Program Pentauliahan Profesional atau Industry-Based Certification Programme. Program usahasama Kementerian Pengajian Tinggi dengan Prestariang Sdn Bhd.


Kenapa tergila-gilakan 3P tu sampai sanggup menganggur? Tiada jawapan tepat untuk tu. Tapi apa yang ku tahu, program ni adalah semurah-murah sijil professional untuk student dapatkan and it’s absolutely FREE! Kalau lulus (InsyaAllah!) dapat professional certificate, bukti yang kita ada skill program tersebut. Kalau terselit di resume, mungkin company akan tertarik dengan sesiapa yang ade professional certificate daripada mereka yang tidak. Students ada chances of getting employed kat situ.



Belajar apa kat 3P tu? Ada banyak program yang ditawarkan. Kalau ikut kesusaian, aku pilih kursus AutoCAD, memang satu design software yang wajib, wajib, dan wajib ada untuk semua student mechanical engineering. Tengoklah mana-mana ads, you must have AutoCAD skill! Sayangnya uia hanya guna Catia dan Alibre. Nak taknak kena belajar sendiri, macam Autodesk Inventor tu yang kena explore sendiri sampai menang design competition tahun lepas . Selain AutoCAD, 3P ada juga offer course Microsoft, IBM, Oracle, Linux, dan CompTIA yang rata-rata banyak programming course.



Kelas bermula 19/7-3/8, Isnin-Jumaat, 9am-5pm. Dijalankan di salah satu computer lab di uia. Apa yang best, semua course materials are provided, dari beg sampai la ke text books yang mahal-mahal harganya tu. Dan yang paling penting --> CERTIFICATE!


Oh Tuhan… betulkah perancanganku menyertai 3P ni? Berbaloikah aku menunggu sekian lama semata-mata ingin memasuki program ni? Kita merancang, Allah menentukan. Whatever it is, Dialah sebaik-baik Perancang!

0 comments:

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP