Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bercuti ke Terengganu

Tuesday, June 7, 2011

Dalam diri ini yang sibuk sebagai pengganggur sepenuh masa, ditambah pula dengan kesibukan kerja sebagai suri rumah, sekali lagi aku berpeluang untuk pergi bercuti merehatkan minda dan melapangkan fikiran daripada bebanan kerja yang semakin berat saban hari. Ditambah pula destinasi kali ini adalah di Terengganu, satu negeri yang belum pernah dijejaki. Bersama kakak dan family, kami menetap di daerah Kijal, mana lagi kalau bukan di Awana Kijal. Bertolak dari Subang pukul 1pm dan sampai di Kijal dalam pukul 5pm. Hasrat hati untuk segera ke pantai terbantut apabila angin kuat beserta hujan menyambut ketibaan kami sekeluarga..(haha…ayat sedikit skema)



Tapi itu tak menjadi halangan kami untuk bersuka ria kerana di hotel ini juga ada menyediakan indoor games sebagai backup plan dalam mengisi masa lapang untuk budak-budak macam kami ketika hari hujan.



Hari kedua. Menuju Kuala Terengganu, ibu negeri bagi negeri Darul Iman ni. Memang tak sah kalau tak singgah Taman Tamadun Islam, projek kroni mercu tanda baru di sana. Ia adalah contoh-contoh monumen hasil senibina Islam di serata dunia seperti Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Kubah as-Sakhrah, Taj Mahal, Istana al-Hambra, Masjid Negara dan sebagainya. Dibina dengan skala 1:4 sehingga 1:22. Dan satu lagi binaan yang dimegah-megahkan adalah Masjid Kristal.




Seterusnya menuju ke perkampungan Losong, satu tempat yang famous dengan segala jenis keropok Lekor. Isi ikan yang banyak dan padat. Keropok Terengganu memang sedap! Boleh dibeli sebagai ole-ole atau buah tangan untuk saudara-mara dan rakan taulan.



Dan satu lagi tempat yang popular di KT ini adalah Pasar Payang. Pasar ni serupa macam Pasar Siti Khadijah kat Kota Bharu tu, menjual pelbagai jenis barangan, seperti makan-makanan, kain-kainan, baju-bajuan, batik-batikan, main-mainan, boleh kata macam-macaman la. Kaum-kaum ibu sesuai sangatla pergi kat sini, memang boleh rambang mata. Banyak kain yang cantik gilaaa!



Hari ketiga banyak dihabiskan dengan berendam di swimming pool dan laut. Kembali ke arena kolam renang setelah sekian lama terbantut sejak grad dari uia. Mandi laut tak sangat sebab ombak masa tu kuat, tak pernah tengok kuat macam tu (yelaa..tak pernah pergi Ganu) dengan dasar yang agak dalam. Setakat main-main ombak di tepian je. Last but not least dapat main ATV, motor tayar empat tu. Bolehla merempit kat pantai jap melepaskan tension..hee!



Disebalik kegembiraan dapat bercuti, ada juga perasaan sedih di jiwa. Sedih sebab tak dapat hadir ke sesi temuduga Proton yang sama tarikhnya dengan last day kat Terengganu tu. Memang tak sempat kalau nak balik. Walaupun ada harapan untuk kena reject, tetapi pengalaman interview tu amat penting bagiku dalam pencarian kerja. Walaubagaimanapun, perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Mesti kena ingat yang itu.

0 comments:

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP