Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengalaman Mengajar

Thursday, June 23, 2011


Minggu lepas aku diberi peluang untuk menjadi tenaga pengajar buat sementara waktu. Seminggu je pun. Jadi cikgu ganti untuk sorang guru yang cuti kahwin. Cikgu? Ustaz actually. Walaupun bukan ajar subjek agama, tapi budak-budak panggil ustaz. Ustaz apa? Ustaz Fuad in the class!! Hehe…

Ini adalah pengalaman pertamaku menjadi pengajar dalam bentuk formal, ajar ramai-ramai dalam kelas. Sebelum ni setakat ajar anak buah 3, 4 orang buat homework. Pada awalnya memang satu cabaran besar untuk ditanggung. Sekolah rendah ni tahu-tahu jela. Budak-budak payah nak dengar kata. Dengan pe’el masing-masing yang memang memeningkan kepala. Orang suruh senyap buat tak endah je. Siap boleh bergusti dalam kelas. Bila nak ajar memang kena tinggikan suara atau jerit baru nak dengar. Suara aku ni pun bukan macam suara askar, suara romantic kata orang.

First day balik sekolah memang awal tidur. Pukul 9pm dah terbongkang atas katil! Sambil memikirkan hari-hari esok yang bakal dihadapi. Tapi Alhamdulillah aku bole adapt dengan cepat suasana baru tu. Rilek je ajar. Balik sekolah tak adalah penat sangat. Tiba-tiba rasa mengajar ni satu pekerjaan yang menyeronokkan, enjoy, dan kurang tekanan! Murid-murid semua hormat, jumpa bagi salam, bawakkan buku. Apa yang paling best, semua murid suka kat kita. Hehe!

Kalau diikutkan semua family aku pernah merasa menjadi pendidik. Aku sorang je yang belum lagi merasa. Memang terdetik juga dalam hati alangkah ruginya aku tak ada pengalaman mengajar. Dan memang aku berasal daripada keluarga pendidik pun. Mak aku dah lebih 20 tahun mengajar. Daripada mengajar tadika, sehinggalah sekolah menengah, semua pernah merasa. Aku mengajar ni pun kat sekolah swasta milik mak aku, Sekolah Rendah Islam kat Kota Damansara, Seksyen 7.

Seminggu yang aku lalui memang memberi pengalaman yang sangat berharga. Dapat merasa mendidik anak bangsa setelah 4 tahun di menara gading, mungkin inilah sekecil-kecil jasa yang aku dapat sumbangkan untuk masyarakat amnya. Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat kepada mereka semua. InsyaAllah…

2 comments:

fana June 24, 2011 at 12:01 PM  

dorang sayang ustaz fuad sebab comel2 cam dorang gak.. hahaha (paku dulang paku serpih betul saya nih)

ok la budak kurang umur 12 tahun. budak2 lepas 17 tahun yang saya tengah nak cuak nih

Fuad Arman June 24, 2011 at 11:24 PM  

haha..tp xle lwn comel cik fana mngaja la :p

kena biasakan tu...lame2 nnti insyaAllah boleh adapt mcm sy :p

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP