Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gerbang Graduasi

Sunday, December 26, 2010


Selesai dengan hard cover report submission jumaat lepas, maka berakhir sudah Final Year Project (FYP) untuk aku dan teman-teman sekuliah yang lain. Menandakan juga berakhirnya empat tahun pengajian kejuruteraan di UIA. Lebih kurang sebulan jugalah lamanya FYP ni makan masa. Lepas habis je final exam, semua all out siapkan projek sebelum tarikh yang ditetapkan. Ada juga yang tidak berkesempatan siapkan on time. Sama-sama doakan yang terbaik buat mereka.



Gembiralah bagi mereka yang sudah habis pengajian. Berbeza dengan aku yang ada satu lagi semester tambahan untuk ditempuhi. Pastinya ada sedikit cemburu di benak hati melihat ‘mereka-mereka’ itu semua, sorang demi sorang pergi meninggalkan UIA tercinta. Aku tak mahu jadikan alasan "course mechanical adalah yang paling susah" sebagai sebab aku tersangkut. Tak mahu juga salahkan ‘Tok Moh’ dan lecturer-lecturer killer mechanical sebab aku tertinggal. Sila salahkan diri sendiri! Ini semua sebab aku sendiri yang malas dan semakin malas hari ke hari! Dan akibatnya, ada balance 9 credit lagi untuk disetelkan. Takutnya, bila banyak free time makin malas jadinya.



Apa yang best kurang sedih, sebenarnya ramai je kawan yang extend semester. Course mechanical Adib saja yang habis on time. Err..sorang je? Untungnya batch 062 macam aku ni sebab ada balance satu semester sebelum convocation. Maknanya aku berpeluang untuk ambil segulung ijazah, pakai robe dengan mortar board smart-smart bersama ‘mereka-mereka’ itu nanti (kalau diizinkan Allah). Kuranglah sedikit kesedihan di hati ini. Memang sadis tak terkata kalau kita hanya dapat tengok saja kawan-kawan batch konvo.



Apa yang pasti, bilik aku yang jadi sarang port tumpuan kawan-kawan untuk lepak study mesti akan jadi sunyi sesunyi-sunyinya semester ni. Tiada lagi jasad yang tidur kat katil aku, tiada lagi bunyi jeritan yang mengganggu jiran compartment aku, tiada lagi sekumpulan selipar yang bermesyuarat di pintu bilik, tiada lagi pembancuhan satu jag kopi kapal api, tiada lagi movie dan FIFA berjemaah, tiada lagi...(arghhh~air mata mula bertakung di celah mata :p)



Tapi kena redha and keep moving forward! Mungkin ada hikmah di sebalik ni. Mungkin CGPA aku boleh naik sikit. Mungkin aku boleh belajar banyak engineering softwares lagi. Mungkin dapat study dengan aman. Mungkin aku boleh lengkapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Mungkin aku ada peluang untuk berjumpa bakal isteri.



Apa-apa pun tahniah kepada kawan-kawan aku yang sudah grad dengan jayanya. 6 tahun kita bersama since matrik and we have to separate. Masa memang pantas. Haha..walaupun macam gay sikit bunyinya aku nak beritahu...



I’LL BE MISSING YOU GUYS!

Read more...

APAC 2010 - Tutup Tirai

Sunday, December 12, 2010


Asia Pacific Autodesk Design Challenge 2010 menutup tirai dengan jayanya. Walaupun team UIA Malaysia tidak berjaya merangkul sebarang award tapi sekurang-kurangnya satu lagi team Malaysia dari UTM menjuarai kategori Architecture. Apa yang penting, pengalaman selama 5 hari di sana betul-betul mengajar aku betapa pentingnya menguasai pelbagai software.


Sebagai team yang mewakili Malaysia dalam category Manufacturing, memang agak mencabar jugalah kalau nak menyaingi team lain yang memang dari lapangan industrial design dan manufacturing. Lagi-lagi projek yang kami bawa ini hanyalah projek kelas yang mempunyai nilai 10% daripada semua work assessment subjek CAD/CAM. Memang satu bidang terjun bagi kami, lagi-lagi Autodesk software itu sendiri start dipakai semester lepas. Sebelum ini biasa guna Catia sahaja. Itu pun atas inisiatif kitorang untuk belajar sendiri sebab tak ada siapa yang boleh ajar di UIA tu.


Apa yang silap pihak penganjur awal-awal lagi menayang semua hasil kerja finalist pada hari pertama lagi. Terus terang aku sangat-sangat terkesima dengan projek mereka especially teams China dengan Korea. Seterusnya pihak Autodesk hanya menyediakan satu pemenang sahaja untuk setiap category, bermakna second and third places tiada. Sebab-sebab inilah yang menyebabkan moral jatuh merudum umpama buah durian gugur ke bumi. Bukan sebab mudah putus asa, tapi melihatkan kerja mereka bukan mudah untuk menyaingi dan ia memerlukan masa sebulan dua untuk disiapkan.


Program ni ala-ala bootcamp dimana kita kena memerah otak, determine problem yang ada, develop solution dan pastikan design yang kita buat berjaya menawan hati pembeli. Bukan main design sesuka hati. Kena ada case study juga. So jangan fikir kami join program ni untuk bersuka ria. Pressure setiap hari memang tak tahu nak kata apa. Malah lebih teruk lagi daripada FYP sebab dalam 5 hari projek mesti ada improvement dan logik untuk direalisasikan.



Setiap hari pukul 8am dah kena tunggu di lobi untuk dihantar ke Cyberjaya, MSC Innovation Centre. Pulang ke hotel pukul 11pm dan memang tiada masa untuk membuat benda lain. Final day sebelum projek submission kena stay overnight kat Cyberjaya siapkan projek. Memang macam hamster yang dipaksa berlari dalam wheel untuk menghasilkan tenaga elektrik. Mujur ada Nescafe dispenser sebab hamster tak minum nescafe. Mocha, cappuccino, espresso, choc-a-cino, black coffee atau milo boleh diminum dengan hanya tekan sahaja. Memang feel habis minum sebab dalam ‘kandang’ tu mengalami kesejukan melampau.



Satu lagi yang aku tak berkenan dengan kehadiran krew dari Animax. Untuk program ni, Animax adalah official media di mana semua kerja kita direcord untuk tayangan dalam rancangan diorang nanti. Konon nak buat macam Nescafe Kick Start tu la kot. Apa yang kelakar bila giliran team kami untuk ditemuramah. Boleh kata krew tu kena ambik lebih 10 takes untuk aku sahaja. Ada saja yang silapnya, tergelaklah, mata tak pandang kameralah, tangan peluk dadalah, lidah terbelitlah…senang cerita tanya je teammates aku yang lain. Terus terang aku memang tak suka langsung masuk TV dan ditemuramah. Malu tak terkata betullah time tu. Lain dari tu, ada saja benda yang producer suruh buat. Nak submit projek tu pun kena berlakon. Nak bergambar kena menjerit, terpekik sana sini. Kami ni UIA kot…haha!



Terima kasih kepada Autodesk sebab memberi peluang untuk menyertai program ni. Memang satu pengalaman berharga dan tak boleh dilupakan. Merasa juga dapat berkawan dengan budak-budak Korea, China, Taiwan dengan India yang memang peramah. Last day dapat swimming sama-sama dengan Korean tu. Mestilah aku menang.



Selasa ni prize giving ceremony untuk national level hari tu kat Putrajaya. Mintak-mintaklah tiada apa-apa press conference ke, demonstration ke, dan sebagainya. Tak ada mood nak cerita dah. Haha!



critique session for the oz guys



korean guys, team bibimbop


teams taiwan and china

Read more...

Taggy


Satu cara untuk buat blog kekal aktif adalah dengan reply tag daripada teman blog. Dalam archive ada lebih sikit post daripada biasa. Dan kali ni sekali lagi di’tag’ oleh saudari Jeihan. Dah jadi macam formspring sikit-sikit :p



3 names I goes by

Puad


Poak

Fouad


(err..betul ke jawapan macam ni)



3 jobs I have had


Digicolor


Permata Hijrah/B-Trang


Autokeen



3 places I have lived


Kelana Jaya


Bandar Baru Sungai Buloh


Kg Melayu Subang



3 tv shows I watch


Chuck


Flash Forward


Leverage



3 favourite old tv shows


Dragon Ball


Suria Baja Hitam


Full House



3 places I have been


Bali


Jakarta


Bandung


(semua indon…)



3 places I would like to visit


Makkah & Madinah (once again)


Japan or Korea


Sabah



3 favourite dishes


Soto


Lamb Chop


Mom’s cooking



3 favourite drinks


100 plus


Lai chee kang


Nescafe/coffee/milo/horlicks/teh tarik



3 make up products I can't live without


LOL…i'm not a metrosexual :p



3 things I'm looking forward to


Final year project poster

New semester


Learn other Autodesk softwares

Read more...

APAC 2010 - Catatan Harian

Wednesday, December 8, 2010

Hari kedua (Selasa) di Autodesk Panorama 2010


Bermulanya penambah baikan projek kami sebelum ni


Hari ni juga adanya critique session


Di mana dapat tengok hasil kerja team lain


China, Korea, Taiwan, Singapura, India dan Australia


Yang mana jauh lagi hebat lagi dari projek kami


Rasa ‘down’ dalam diri menjelma



Rasa sedikit gembira ada wakil dari Korea


Kalau sebelum ni selalu tengok SNSD dalam video clip mereka


Mungkin yang turut join sama dalam competition ni ada iras-iras macam mereka


Adakah macam soo young? sunny? seohyun?


Tapi sebaliknya jejaka-jejaka korea yang menyusul


Nak kata macam suju, 2am, dbsk tak tahulah pula


Guru pengiring ada yang perempuan


But of course lah ibarat langit dengan bumi :p


Benarlah mereka –mereka itu buat plastic surgery


Damn! Rasa ‘down’ lagi



Satu lagi ‘down’ bila kena buat v-blog


Catatan harian kita dalam bentuk video yang kena di upload ke You Tube


Memang macam reality tv show habis!


Tapi korang ingat aku nak buat ke?


Hehe..kena buat. Tapi kaku sikit la time action tu



Yang tak down bila jumpa kawan-kawan dari lain-lain negara


China, memang peramah habis


Walaupun sebutan kurang jelas tapi semangat nak berkawan boleh dipuji


Projek diorang memang gempak tak terkata - “Lunar Ball”


India, pun sama pemarah peramah


Datang Malaysia untuk cari kawan katanya


Banyak menanya kalau tak faham guna software


Cuma Korea yang sebelah je dengan workstation Malaysia tak tegur lagi


Sebelah lagi ada Taiwan


Yang ni langsung tak tahu english


Ada patut tanya kitorang dalam bahasa mandarin


Nak explain pun tak tahu macam mana



Cukup untuk takat ini


Ada masa dan ketika kita sambung

Read more...

Tagged

Thursday, December 2, 2010


Setelah sekian lama tak update blog, dan tahu-tahu je blog ni kembali aktif (untuk sementara waktu), kali ni kena tag daripada saudari Jeihan berkenaan “25 random facts about me”. Fikir punya fikir punya fikir sambil otak diperah separuh kering, ini antara facts yang boleh dikongsi:



1. Lahir 11 Ogos 1987 pukul 3.20pm di Hospital Universiti, PJ


2. Anak bongsu dari 6 beradik


3. Abah, Atuk dan Nenek sudah pergi menemui Illahi


4. Pakcik kepada 12 anak menakan. 8 Perempuan, 4 lelaki


5. Menetap di Kampung Melayu Subang


6. Tinggi 165 cm, berat 55 kg, 6 pack


7. Rabun jauh. Power 250


8. Mula pakai contact lens first year masuk main camp UIA


9. Volvo 240 driver


10. Single Bujang lagi


11. Final year di UIA, Automotive Engineering


12. Dapat course AED masa di matrik sebelum tukar ke Engineering

13. Pernah sekolah di 4 sekolah berlainan di peringkat menengah


14. Minat tengok bola. Chelsea dengan Selangor


15. Minat main games kat komputer dan xbox


16. Minat swimming


17. Minat travelling


18. Lord of the Ring trilogy favourite movie


19. Suka kucing, hamster dengan arnab


20. Suka kenakan kawan-kawan


21. Tak suka bunyi nyilu


22. Tak suka orang tinggi suara bila bercakap


23. Masih dalam proses pencarian



24. Juara Autodesk Competition 2010 :p


25. Bakal mewakili Malaysia untuk Autodesk Competition Asia Pacific :p

Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP