Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebuah cerita

Sunday, March 29, 2009

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...


Pelajar : Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru : Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana, berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya : Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab : Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itu lah cinta…



Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru : Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu, tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi. Kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya : Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalamanku sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan ianya adalah pohon yang terbaik buatku. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…

TAMAT…

Read more...

Tensen...

Saturday, March 28, 2009


Unik, kreatif dan melucukan. Kadang-kadang bila kita tengah stress macam-macam cara nak kasi relief sikit. Ada yang menangis, makan, main games dan sebagainya. Tapi lain pulak dengan gambar-gambar di atas. Diorang ada cara tersendiri camne taknak bagi diri pressure dengan bebanan kerja yang banyak. So dorang ambik masa sikit, buat benda-benda gini. Bolehlah nak menghiburkan hati sikit, gelak-gelak...huha huha.

Nak kata stress memang aku tersangatlah STRESSnyerr time Jumaat lepas, ada tiga final test. Lab, seminar dengan swimming. Dan memang tersangatlah hampeh bila jawab test tu. Test Lab, part manufacturing yang diajar oleh Dr Qassim sangatlah #$Q@%! Datang lab kasi briefing just a moment, pastu blah bagi tugas kat lab instructor. Pastu keluar soalan bi-factor dengan springback yang aku rasa dia tak ajar? Part Metallography dengan MOM pun aku jawab dengan pengetahuan yang aku ada. 50-50 confidence.

Seminar pulak, aku takleh nak jawab satu soalan essay tu. Otak aku macam tak boleh nak fikir camne nak solve problem tu..blank! Study bagai nak rak. Hafal macam hafal al-Quran (bak kata Afif). Tengok-tengok ada satu kos tu boleh bawak masuk paper dan boleh saling tukar-tukar kertas. Tak kisahlah lecturer korang strict ke tak. Tapi bila dah boleh bawak masuk report tu, apa-apa pun boleh tulis balik kat atas kertas tu. Tahniah...Kalau tak dapat A tak tau la.

Nasib baiklah swimming malam tu pass dengan cemerlang. Bolehlah ubat hati yang duka lara ni.

Read more...

Hari jadi anak sedara

Belum terlewat acu nak ucapkan "Happy Birthday" untuk Nur Ainul Mardhiah (baju pink, biru), Muhd Atif Naufal (merah) dan Muhd Asyraf Irfan (biru). Sorry tak beli hadiah, sebab mama korang tak sound awal-awal (alasan takde duit sebenarnya). Haha~


p/s: perhh..malam tu ade nasi ayam, kambing bakar dengan pizza. best2~

Read more...

Congratz to Pak Lah!

Tuesday, March 17, 2009


Pak Lah dapat honorary doctorate semalam. Honorary doctorate in Islamic Thought & Civilization i tell u, rase sengal-sengal hati dibuatnya. Pemikiran dan Tamadun Islam. Pak Lah banyak berfikir ke? Tamadun sangat ke Islam had-hari tu? UIA bagi sebagai hadiah pencen agaknya. Macam tak sempat-sempat nak tunggu dia resign dulu. Kalau Tun Dr Made dengan bini dia dulu dapat honorary doctorate 2,3 bulan lepas depa bersara.



Dulu aku ingat UIA ada bagi honorary doctorate jugak kat sorang putera raja dari Arab Saudi, Prince al-Waleed tak silap nama dia. In exchange si putera tu bagi USD 1 juta kat UIA. Bila kereta sang putera ni tiba kat CAC, keluarlah dia bersama isterinya.Dia segakla dengan tuxedo bagai nak rak, yang isterinya berskirt pendek paras lutut. Tapi dia datang Malaysia sebab nak ambik ijazah tu je. Lepas tu balik Arab terus.



Buat semua institusi-institusi pengajian, adakah dengan pemberian ijazah tu tanda terima kasih dan penghargaan kepada pemimpin tu? Jaga-jagalah memberi ijazah doktor kehormat. Sekarang ni pangkat Dato’ & Tan Sri makin murah nilainya. Jangan ijazah doktor kehormat pun ikut sama.



Sepatutnya aku kena jadi committee untuk program ni. Not for the whole program, juz jaga budak-budak btn hari tu je yang kena attend function ni. Tapi aku tarik diri diatas sebab-sebab yang aku sendiri tak tahu. Tapi hujan lebat semalam. Tidur sedap giler… Huhu~



p/s : macam la mahal sangat sijil ada tertera nama ‘Pak Lah’

Read more...

Kisah sekawan selipar

Saturday, March 14, 2009


Boleh kata setiap malam selipar banyak macam ni mengadakan meeting kat F2-8. Hubungan Asadi, Dr Cardin, Tat Sing, Korakoh, Weinbrenner dan lain-lain (tak tau nama diorang) boleh dikatakan rapat jugaklah sebab diorang dapat berkumpul dan bermesra antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi kalau hari jumaat malam diorang ni memang tak ingat nak balik, alamat sampai 2,3 pagi diorang 'qiamullail'.

Dr Cardin sebagai tuan rumah memang menerima tetamu-tetamu ni dengan tangan terbuka. Tapi dia sedar ia sedikit sebanyak boleh membantutkan usahanya untuk study dan membuat research untuk melayakkan dia mendapat gelaran 'Prof'. So sejak dua menjak ni, banyaklah kerja-kerjanya yang tertangguh. Tidur lewat malam dan overslept lepas subuh dah jadi kebiasaan dia.

Nak dipendekkan cerita, test result yang keluar baru2 ni amat mendukacitakan Dr Cardin. Hasrat untuk mengekalkan pointer kelihatan samar dan agak mustahil kalau dia tak melakukan perubahan dan kekal dengan cara hidupnya sekarang. Sama juga kepada kawan-kawannya yang lain. Dia teingat kata-kata seorang pujangga, tiada sorang guru kat dunia ni yang gagalkan muridnya, melainkan murid tu yang 'failed'kan dirinya sendiri.

So marilah kita sama-sama doakan Dr Cardin dan kawan-kawannya dapat meneruskan pengajian ke next level tanpa ada sangkut-sangkut and lived happily ever after.

Sekadar tambahan : Ni antara result terbaik aku dalam banyak2 perlawanan Fifa09 yang sempat dirakam. Click kalau nak tengok enlarged pic.

Read more...

CARoscope

Sunday, March 8, 2009

Got from email

Don’t read horoscope. They are rubbish. There’s another method to learn about other people characteristics ? by reading my CARoscope.

Perodua MyVi ? You are kind of person who can easily be influenced by your friends. Plus, you are energetic and young. But, if you are 50’s and driving this car, it is a sign of mid-life crisis.

Naza Citra ? You don’t really care about current fuel price.

Proton Perdana V6 ? Err..Are you a government servant?

Proton Saga BLM ? You are a great family guy and loves to travel with your family. If you are female, it’s a sign that you have a lot of shoes (in the boot)

Proton Satria Neo ? You want to be cool but you don’t have enough money for it.

Naza Bestari ? You think you are different and unique but you are not.

Perodua Kenari ? You are kind of person who hates Perodua Myvi just because your enemy owned it.

Toyota Avanza ? No, no. You don’t have to tell me about your age. I know your are 45 years old and your fifth child is 9 years old.

Toyota Prius ? You got some money and a smaller brain too.

Proton Savvy ? You are a gay.

Read more...

MECSA Night






MECSA (Mechanical Engineering Student Association...kot) ada buat annual dinner khamis lepas. So oleh kerana nak bantu kawan-kawan yang rata-ratanya commitee kenalah hadir. Nanti ada yang kata tak supportive pulak. Bolehlah juga makan sama2 dengan classmate2 aku sejak dari matrik lagi ni...dan juga dengan lecturer2 yang ajar aku. Bila lagi...ye tak?

Sikit je nak comment pasal makanan ni. Menu korang memang superb, nasi tomato ditambah dengan perut yang memang kosong. Tapi satu benda je yang boleh timbulkan ketegangan ni. Pagi esoknya bangun kitorang semua sakit perut tau tak?! Tak guna punya caterer!! (BANGKAI!! bak kata ijat dan adib)

Bila aku pikir-pikir balik dinner RM5 macam ni pun tak ramai yang datang. Apatah lagi RM50 macam yang society tu buat. Tak tau la kalau group student tu dikalangan mereka2 yang elite, no hal la RM50 note tu, small matter. Bagi aku sukahati la siapa nak join...perut masing2. Tapi apa perlu kita nak makan kat hotel nu...dah kerja ke? AGD untuk company besar? duit mak bapak ke duit scholar?

p/s : sekali lagi, jangan la ada orang hentam aku kat commentbox tu.

Read more...

Uphold the pride?


Lepas join benda ni no wonder la kenapa semua orang tak kira uia, kulliyyah engineering, engitex central, iium properties, security dan sebagainya pandang sebelah mata kat autogala ni. Semua buat macam tak tahu je bile ada sekumpulan budak-budak engin buat program s0-called-gempak macam ni. Lambakan masalah demi masalah ada je datang. Tu belum campur accident dengan saman-menyaman lagi. Aku pun malas nak flashback balik benda ni. Kalau ada lagi program ni tahun depan kira miracle la. Congratz kepada committee yang berjaya organize autogala ni. Kawan aku dari atma datang pun terpegun tengok korang leh wat program macam ni.

Salah sorang mangsa keadaan..haha~!

p/s : aku harap takdelah yang hentam aku kat mesej box aku tu lepas ni. Komen ikhlas ni.

Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP