Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Juara Autodesk Competition

Wednesday, December 1, 2010


Asalnya hanyalah class project. Tapi tak semena-mena projek tu bertukar menjadi taraf national level! Dalam erti kata lain, projek tu akan mewakili Malaysia ke peringkat Asia Pacific lepas ni. Gembira ada, takut pun ada bila dapat email dari penganjur,



“Congratulations to being a finalist team representing Malaysia at Autodesk Panorama 2010 in the Innovation and Design category.”



Tiba-tiba jadi kanak-kanak terpilih. Masa national level hari tu just submit soft copy dengan emel projek yang kita buat sahaja. Presentation ke, exhibition ke tak perlu semua tu. Berlainan dengan international akan datang ni. Kami kena berkampung di Putrajaya (tahun ni Malaysia jadi host) selama 6 hari. Ada class, training, presentation dan segala macam yang berkaitan dengannya. Kenalah bergaul dengan foreigners juga nanti. Berlainan dengan kat UIA tu, diorang ni non-muslim. So kenalah berjaga-jaga sikit. Dapat awek macam SNSD alangkah bestnya.



Terima kasih kat kawan-kawan yang wish tahniah bagai. Kalau kawan aku menang pun aku bangga. Hehe. Aku tau hanya gurauan semata. Tak kisahlah dengan suara-suara sumbang mengatakan competition tu tidak banyak penyertaan. Pasal tu kami boleh menang. Haha! So what? Siapa suruh tak join. Sekurang-kurangnya kami dapat sijil juara, duit RM1500 dengan mini note PC plus GPS untuk lecturer. Ada eloknya doakan kami jadi juara Asia Pacific pula. Hadiah USD1500 seorang tuu..wuwuuuu~



Projek ni tak akan berjalan tanpa backbone. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada group leader, Saif yang punyai keazaman yang tinggi dan penuh yakin group kita akan menang. Tak lupa jugak buat Hafiz, computer i7 dengan graphic card kau yang maha canggih tu benar-benar membantu. Pengorbanan tidur 3, 4 pagi setiap hari sebelum submit projek tu sangat berbaloi dan membuahkan hasil. Way to go guys! There’ll be tougher challenge waiting for us ahead.


Lepas diumumkan juara, tiba-tiba jadi popular rasanya. Ya Allah, jauhkanlah aku dan kawan-kawanku dari sifat riak dan takbur. Ameen.



UTM: Institut Sultan Iskandar



IIUM Bloggers



Lowyat Forum

Read more...

Selesai Final Year Project

Tuesday, November 30, 2010

Alhamdulillah!


Ungkapan first keluar dari mulut lepas aku close window slide presentation. Beban yang dikendong bersama Adib seakan terbang begitu saja. Rasa nak lompat-lompat katak macam yang biasa aku buat bila menang main FIFA lawan Mus, Shu’bah atau Adib. Tapi bila memikirkan ada lecturer kat depan, bila-bila masa saja markah aku boleh di’deduct’ begitu saja. So aku biarkan saja perasaan itu di dalam hati. Sama macam aku pendam perasaan kat orang.

Yang paling best, aku dapat mengharungi examiner hari tu, Dr Qasim dengan cemerlang sekali. Dia digelar ‘funny guy’ oleh Dr Ataur tapi ‘psycho’ oleh fellow student yang lain. The key is kita kena jawab je soalan dia walaupun soalan-soalan yg dia bagi tersangatlah merapunya. Lepas dia kata, “you’ve done a quite interesting topic" semangat aku tiba-tiba naik. Tak tau la sama ada bibir aku sampai ke telinga time tu. Tak perasanlah pula.

Bukan apa, kalau nak dibanding kawan-kawan FYP lain, boleh kata topic aku paling cikai among the cikai la (humble mode). Down gila bila ada yang bertanya, “FYP ko buat apa?” sebab bila aku beritahu nanti akan ada jawapan “ko buat itu je ke??” atau “bapak senangnya FYP kau!!” atau yang paling best sikit yang technician workshop cakap, “sehari je projek korang boleh siap!” Tak ke down dibuatnya? Tapi aku senyum je bila semua cakap macam tu. Mungkin mereka hanya tengok luaran yang benda tu senang. Bahkan mereka tak pernah buat benda tu. That’s why boleh cakap macam tu. Cuba buat dululah baru tahu!! Kalau tak puas hati pergilah tanya department kenapa offer topic macam tu. Ambil topic yang susah-susah dan bajet gempak tapi tak sempat siap baik tak payah.

Apa-apa pun aku appreciate sangat-sangat kat supervisor tercinta, Dr Mirghani yang tak putus-putus bagi semangat kat kami berdua. Tak terkata bila sir bagi thumb up kat kitorang lepas habis presentation tu. Begitu juga dengan partnerku, Adib yang begitu komited sekali menyiapkan projek. Maaf andai ada berselisih faham, bertegang leher, tinggi suara dan kalah FIFA sepanjang kita menyiapkan projek ni. Aku tak kisah pun kalau ko tidur atas katil aku setiap malam. Bilik aku bilikmu jua (sooo gay!!).

Lepas ni ada lagi perjuangan yang belum selesai. Untuk FYP, poster submission dengan exhibition. Satu lagi ialah Asia Pacific Autodesk Design Challenge. Doakan yang terbaik untukku.



p/s: Gambar hiasan. Ini bukan projekku.

Read more...

KepadaNya kita kembali

Wednesday, September 15, 2010


Hiba berbelaikan sepi


Jiwa meratapi duka


Desir berita hadir


Kala berserinya pagi



Sukar dipercaya ia


Bagai berilusi mimpi


Namun bukan mainan dusta


Benarlah bagai dikata



Tuhan yang Maha Tahu


Apa ketentuan takdir


Kita hanyalah hamba


Berserah kepada Dia



Engkaulah kejora sinar zaman


Menginsafkan rohani


Merdu mengalun rima


Bermadah dari hati



Menyemaikan cinta Maha Esa


Meniup kesyahduannya


Menyerap di jiwa


Tenggelam di alam rasa



Sukar dicari ganti


Mekar kasihmu ria


Segar menghibur hati


Tak mungkin dilupakan



Senandung zikir ku titipkan..hadiah perpisahan


Buat dirimu kasih..yang pergi selamanya


Wahai Tuhan Dikau maafkanlah…hulurlah keampunanMu


Rahmatilah rohnya…sentosa di alam sana



Pulanglah…bersama…ketenangan…menuju Allah


Damailah…bahagialah…bersama kasihNya



Kejora Sinar Zaman. Lagu yang begitu menusuk kalbu, yang dinyanyikan oleh Rabbani. Saja aku mengulang-ulangkan lagu ni. Memang meninggalkan kesan kalau kita hayati betul-betul liriknya. Lagi-lagi lagu ni ditujukan buat insan yang kita sayang yang telah pergi. Bagi Rabbani, sudah tentu lagu ni ditujukan khas untuk vokalis mereka, Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Dalam menghayati bait-bait lagu ini, menyebabkan hati tersentuh juga dibuatnya. Teringatkan almarhum abahku yang telah pergi 10 tahun dahulu, menemui Kekasih Hakiki. Beruntunglah buat mereka yang beribu, berayah dan masih ada datuk dan nenek. Rebutlah peluang dan laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak selagi mereka boleh bernafas.


Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi menemui Allah SWT…



” (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un’ (sesunggunya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” ( Al-Baqarah: 156 ).



Download lagu ---> Rabbani - Kejora Sinar Zaman

Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP