Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Suka Duka Gembira Sedih

Saturday, November 26, 2011

Ada dua benda yang aku nak share kat sini. Satu menggembirakan dan satu lagi kurang menggembirakan.


Kita mula dengan benda yang menggembirakan dulu.

InsyaAllah…insan yang amat ku kasih, mak tersayang akan pulang ke tanah air, setelah 44 hari memerah tenaga menunaikan fardhu haji dan umrah ziarah. Semoga mak dan jemaah yang lain dikurniakan haji mabrur dan diterima segala amal ibadah mereka. Hidup tanpa mak memang amat dirasai. Balik kerja rumah sunyi tanpa penghibur, pemeriah isi rumah. Nak pergi kerja tak ada siapa nak disalam dipeluk cium.

Tapi kini hari-hariku tidak lagi sepi. Isnin malam akan menjemput mak di KLIA. Tak sabar untuk menyambut kepulangan ibu tersayang! Nak beri gaji pertamaku sepanjang kerja di Omron. Alhamdulillah!

Dan berita yang kurang menggembirakan adalah…dengan kepulangan mak ke tanah air, giliran kakakku pula untuk pergi jauhhh dari family. Suami kakak iaitu abang ipar dapat panggilan untuk bertugas di Kedutaan Malaysia di US. Untuk 3 tahun mendatang dan mungkin ditambah. 3 tahun satu tempoh yang lama! Kalau kat US tu mesti punya jarang-jarang balik Malaysia.. Mesti aku amat-amat merindui Kak Emi, Abang Azim, dan gelagat Irfan dan Zara!! Tapi rezeki Allah dah beri untuk diorang, dapatlah merasa tinggal di oversea. Bangga dengan diorang! Alhamdulillah!

Tapi benda yang paling tak best flight diorang Ahad malam, sehari sebelum flight ketibaan mak dari Madinah. Memang tak sempat nak jumpa mak dahulu. Ini yang dinamakan kegembiraan dalam kesedihan…ke kesedihan dalam kegembiraan? You choose yourself…

Aku nak lap air mata...daaa

0 comments:

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP