Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Lebaran 1431H

Thursday, September 9, 2010


Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat di atas graduasi kalian daripada 30 hari ‘Kem Latihan Intensif’. Saya juga memohon maaf di atas segala kesalahan, kesilapan, keterlanjuran dan kekhilafan sama ada yang disengajakan mahupun tidak disengajakan. Semoga kita semua beroleh keampunan dari Allah SWT yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin!



Selamat Hari Raya

Maaf Zahir Batin


Dengan harapan lepas ni 0-0 la ye…



Hehe…okay…

Apa kita buat perubahan sikit dengan menggantikan ucapan-ucapan yang sedemikian rupa kepada yang lebih elok.


Di kesempatan ini ingin saya menggalakkan saudara sekalian untuk mengucapkan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum yang bermaksud “Semoga Allah Menerima Perbuatan Kita Dari Anda dan Kami” sebagaimana yang dipraktikkan oleh junjungan tercinta kita, Muhammad SAW.



Ketika para sahabat Rasulullah SAW bertemu pada hari Idul Fitri, mereka akan berkata satu sama lain, Taqabbalallahu Minna Wa Minkum (semoga Allah menerima dari anda dan kami)" (Fathul Bari 2:446)

Jadi, sekali lagi teman-temanku, "Taqabbalallahu Minna Wa Minkum" semoga Allah menerima perbuatan kita dari anda dan kami. Khususnya amal ibadah kita sepanjang Ramadhan yang lalu. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu lagi Ramadhan yang mendatang.



Ameen…



Dan terakhir, marilah kita memuji dan mengagungkan Allah SWT dengan kata-kata indah ini yang hanya boleh dibaca dua kali setahun, sebagai tanda syukur di atas segala pemberianNya untuk kita semua.



“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”



“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”



“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”



“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”



“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

Read more...

Keutamaan Hari Raya

Wednesday, September 8, 2010

Adapun pertama kali Rasulullah SAW melakukan solat Aidil Fitri pada tahun kedua hijrah. Hukumnya sunat muakad dan Rasulullah tidak pernah meninggalkannya. Dari Abu Hurairah RA, “Hiasilah hari rayamu dengan takbir.”



Dari Wahab bin Munabah RA, bahawa iblis amat sedih apabila tiba hari raya. Mereka berkumpul lalu berkata, “Wahai pemimpin kami, mengapa engkau marah?” Pemimpinnya berkata, “Sesungguhnya Allah telah mengampuni umat Nabi Muhammad pada hari ini. Kamu semua mesti bekerja keras dengan menyibukkan mereka dengan kelazatan dan syahwat!”



Dari Wahab juga, “Sesungguhnya Allah menjadikan Syurga pada hari Aidil Fitri, juga pada hari ini Allah menanamkan pohon Tuba. Malah Jibril AS juga memilih hari ini untuk menurunkan wahyu. Para tukang sihir Firaun bertaubat di hari ini.”



Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa beribadah pada malam hari raya kerana mengharapkan redha Allah tidak akan matinya pada hari di mana hati-hati semua mati.”



Diceritakan bahawa Umar RA melihat anaknya pada hari raya mengenakan kasut. Beliau menangis. “Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?” Tanya anaknya. Umar menjawab, “Aku bimbang hatimu sedih di hari raya, jika nanti anak-anak melihatmu mengenakan kasut baru.” Kemudian anaknya berkata, “Yang seharusnya sedih itu hanyalah orang yang tiada mendapatkan keredhaan Allah atau menderhakai orang tuanya. Dan sesungguhnya aku berharap agar Allah berikan redhaNya kepadaku sebab redhamu.” Umar bertambah menangis lalu memeluknya dan mendoakannya.



Telah diceritakan juga bahawa di pagi Aidil Fitri, Allah mengutus para Malaikat turun ke bumi untuk berseru dengan suara yang didengar oleh suara yang didengar oleh seluruh makhluk kecuali manusia dan jin. “Wahai umat Muhammad, keluarlah kepada Tuhanmu yang mulia. Dia akan memberikan pemberian yang agung dan mengampuni dosa yang besar.” Ketika mereka telah pergi ke masjid, Allah berkata kepada para Malaikat, “Apa balasan untuk pekerja selesai bekerja?” Mereka berkata, “Upahnya sesuai dengan pekerjaannya.” Allah SWT berkata, “Saksikanlah bahawa sesungguhnya Aku telah menjadikan pahala mereka adalah redahKu dan ampunanKu.”


* Dipetik dari buku Penenang Jiwa karangan Imam Ghazali Rahimahullah.

Read more...

Benda untuk dibuat

Wednesday, September 1, 2010

Bayar yuran


Memang dah terbiasa bayar yuran bila nak cuti midsem. Sebab dah tahu minggu pertama atau kedua mesti penuh punya bank tu dengan student. Semangat sangat bayar awal-awal. Mentang-mentang duit dah masuk awal.



Bayar saman


Memang tak sah kalau pergi bank semata-mata bayar yuran je. Mesti ada slip bank tambahan untuk di”bank-in”kan dalam akaun UIA tu. Dan kali ni bukan saman daripada pak guard, ni saman dari mahallah. Ada sekali tu parking kat tempat staff. Hoho…gempak bukan? Ingatkan kalau Volvo diorang takut nak saman. Ada pulak.



Tukar duit


Alang-alang dah pergi bank, nak tukar duit untuk bagi duit raya kat anak-anak buah. Kalau pegawai kerajaan dapat bonus hari raya tahun ni, mungkin anak-anak buah aku akan diberi bonus juga. Penambahan sebanyak 100% dalam perancangan. Applicable for those yang puasa penuh aje ye. Lagipun boleh dapat sampul duit raya free dari bank Muamalat. Tahun lepas-lepas punya pun ada lagi. Cantik sangat sampul tu, macam envelope jadinya.



Renew sticker kereta


Rasanya aku je yang still pakai sticker kereta yang kaler ungu tu. Cantik katanya, tu yang sayang nak buang. Sebenarnya tak berkesempatan nak ke ibu pejabat pak guard tu. Dah la susah nak parking, nak taknak kena bawa motor ke sana.



Renew sticker motor


Motor? Aku ada lagi ke motor? Yang tersadai kat tempat parking motor blok PG Uthman tu apa dia? Huhu.. Sedih memang sedih bila teringat akan motorku itu. Banyak jasanya kepadaku. So, tahun ni tak payah renew sticker motor.



Lilit songkok UIA


Dengan semangatnya aku nak pakai lilit songkok ni time raya nanti. Nampak cantik bila orang pakai. Kalau aku pakai? Huhu… dengan kudrat yang aku ada, nak cari benda ni sampai dapat. Selain dapat dipakai masa raya, ianya boleh digunapakai untuk upacara akad nikah atau kahwin. Nampak segak sikit nanti…bak kata orang utara.



Iktikaf di masjid


Iktikaf kat masjid memang satu pengalaman yang sangat-sangat berharga, lagi-lagi bersama rakan taulan. Bercadang untuk iktikaf lagi sebelum balik ke rumah nanti. Siapa-siapa yang free dan tiada kelas esoknya digalakkan pergi.



Harap-harap semua boleh selesai sebelum cuti nanti…

Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP