Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keutamaan Hari Raya

Wednesday, September 8, 2010

Adapun pertama kali Rasulullah SAW melakukan solat Aidil Fitri pada tahun kedua hijrah. Hukumnya sunat muakad dan Rasulullah tidak pernah meninggalkannya. Dari Abu Hurairah RA, “Hiasilah hari rayamu dengan takbir.”



Dari Wahab bin Munabah RA, bahawa iblis amat sedih apabila tiba hari raya. Mereka berkumpul lalu berkata, “Wahai pemimpin kami, mengapa engkau marah?” Pemimpinnya berkata, “Sesungguhnya Allah telah mengampuni umat Nabi Muhammad pada hari ini. Kamu semua mesti bekerja keras dengan menyibukkan mereka dengan kelazatan dan syahwat!”



Dari Wahab juga, “Sesungguhnya Allah menjadikan Syurga pada hari Aidil Fitri, juga pada hari ini Allah menanamkan pohon Tuba. Malah Jibril AS juga memilih hari ini untuk menurunkan wahyu. Para tukang sihir Firaun bertaubat di hari ini.”



Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa beribadah pada malam hari raya kerana mengharapkan redha Allah tidak akan matinya pada hari di mana hati-hati semua mati.”



Diceritakan bahawa Umar RA melihat anaknya pada hari raya mengenakan kasut. Beliau menangis. “Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?” Tanya anaknya. Umar menjawab, “Aku bimbang hatimu sedih di hari raya, jika nanti anak-anak melihatmu mengenakan kasut baru.” Kemudian anaknya berkata, “Yang seharusnya sedih itu hanyalah orang yang tiada mendapatkan keredhaan Allah atau menderhakai orang tuanya. Dan sesungguhnya aku berharap agar Allah berikan redhaNya kepadaku sebab redhamu.” Umar bertambah menangis lalu memeluknya dan mendoakannya.



Telah diceritakan juga bahawa di pagi Aidil Fitri, Allah mengutus para Malaikat turun ke bumi untuk berseru dengan suara yang didengar oleh suara yang didengar oleh seluruh makhluk kecuali manusia dan jin. “Wahai umat Muhammad, keluarlah kepada Tuhanmu yang mulia. Dia akan memberikan pemberian yang agung dan mengampuni dosa yang besar.” Ketika mereka telah pergi ke masjid, Allah berkata kepada para Malaikat, “Apa balasan untuk pekerja selesai bekerja?” Mereka berkata, “Upahnya sesuai dengan pekerjaannya.” Allah SWT berkata, “Saksikanlah bahawa sesungguhnya Aku telah menjadikan pahala mereka adalah redahKu dan ampunanKu.”


* Dipetik dari buku Penenang Jiwa karangan Imam Ghazali Rahimahullah.

0 comments:

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP