Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Peristiwa 1 Ogos 1 Ramadhan

Saturday, August 6, 2011

1 Ogos 2011, 1 Ramadhan 1422H. Tengah busy buat latihan AutoCAD dalam kelas, kawan aku Saif yang baru habis called someone tetiba ajak balik ke bilik dia. “Ada orang mati kat bilik sebelah kita! Dah seminggu terbiar! Jom balik tengok!! ”



Memang terkejut jugaklah aku time tu. Orang yang mati tu tinggal bersebelahan bilik yang kitorang duduk kat Mahallah (Kolej) Bilal tu. Seminggu orang tak sedar kematian dia. Kitorang yang duduk kat bilik sebelah memang tak perasan langsung sebab memang tak kenal. Lagipun mahallah Bilal tu tempat sementara student waktu cuti semester ni, mahallah Faruq dengan Uthman tutup untuk kerja mengecat.


Pernahlah jugak tengok kelibat jiran tu waktu awal-awal sampai Bilal dulu. Tapi mana kita nak tegur kalau tak kenal, lagi-lagi foreigner. Memang hidup nafsi nafsi. Kat depan bilik dia ada dinding yang ada ruang sikit, kat situ kunci bilik kitorang letak. Maklumlah semua menumpang (squatting) kat bilik Saif tu. Ada 5 orang jugaklah yang merempat kat situ termasuk aku…haha! Bila nak ambik kunci memang lalu depan bilik dia. Memang tak perasan langsung ada makhluk dalam bilik tu.



Pagi isnin 1 Ogos aku sampai Bilal dari rumah dah terhidu bau bangkai. Dan dah tentulah aku assume bau bangkai kucing ke..tikus ke..mana nak tau bau tu bangkai manusia! Buat tak endah jela. Dalam pukul 11 pagi macam tu barulah punca bau tu dijumpai. Makcik-makcik cleaner yang bertugas di blok D Bilal tu perasan bau tu datang dari sebuah bilik yang tingkapnya terbuka, dengan lalat dah penuh harung kat langsir dan tingkap.



Bila kitorang sampai ke tempat kejadian, polis dah sampai kat blok Bilal tu. Fellow mahallah semua ada, security dan sebagainya. Tapi mayat ada lagi dalam bilik tak diangkat. Bau bangkai masa ni memang makin kuat. Memang boleh muntah kalau tak boleh tahan. Dengar perbualan sesama polis, mereka tak sanggup melihat keadaan mayat yang mengerikan walaupun berpengalaman lama dalam hal-hal macam tu. Kitorang tak sempat tengok mayat dibawa keluar sebab waktu zohor dah masuk dan kena masuk kelas lepas tu.


Difahamkan Allahyarham ada penyakit sawan yang mana selalu berubat di klinik UIA tu. Pernah sekali rakan si mati meminta tolong Saif time dia kena sawan. Mungkin time kena sawan, dia terjatuh ke lantai, terhantuk, tercedera, dan tak ada siapa di sisi yang membuatkan Allahyarham menghembuskan nafas. Wallahua’lam! Innalillah wainna iliahiraji’un!



Takziah buat keluarga Allahyarham brother Mamadou dari Guinea (bukan Papua New Guinea) atas pemergiannya. Oh tak boleh bayang macam mana perasaan family dia menerima berita kematian dia. Kesedihan menimpa dalam umat Islam gembira menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak.



Walaupun tau bilik sebelah ada kematian, tapi kitorang semua still menginap kat bilik yang sama. Ada la juga kadang-kadang bau bangkai tu ditolak angin masuk ke bilik kitorang. Tapi terpaksalah tahan. Fikir bulan Ramadhan je, kalau tak memang dah cabut lari dah pun..huhu! Tapi hari rabu, 3/8 semua penghuni blok D dah kena pindah ke mahallah lain. Blok kena dikosongkan untuk kerja pembersihan dan penyah-kuman. Hari rabu tu jugalah ulat-ulat keluar dari bilik si mati. Macam ulat sampah, tapi kaler hitam, ada tajam-tajam, bulu-bulu. Adakah itu jenis ulat mayat? So scary… Apa-apa pun menginap di Bilal D2-3 tempoh hari meninggalkan pengalaman yang tak boleh dilupakan.



KosmoOnline: Misteri Bau Busuk Terungkai

MyNewsHub: Pelajar UIAM Ditemui Mati Dalam Bilik

Putrarocker: Pelajar Afrika Mati di UIA



Bilik yang menempatkan mayat Mamadou

Ulat apa ini?

0 comments:

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP