Broga Hill
Saturday, January 22, 2011
Terima kasih kepada Datuk Jibby menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum. Peluang sebegini digunakan sebaiknya oleh sekumpulan student tahun akhir kejuruteraan automotif untuk menjalinkan ukhuwah. Dengan last minute punya plan, sepakat punya sepakat akhirnya Broga Hill menjadi destinasi pilihan. Kalau orang Hindu naik Batu Caves, kami naik Broga Hill! Jangan jeles ok!
Bertolak dari uia pukul 4 pagi, dengan menaiki motosikal Yamaha FZ150 bersama rider sejati, Saif Rahman, memang satu pengalaman baru lebih-lebih aku yang jarang berjalan jauh dengan menaiki motor. Dingin pagi memang menyegarkan! Dalam pukul 5 sampai Broga. Ingatkan kami antara terawal yang datang, tapi masyaAllah! Kereta dah berderet parking kat dalam estet kelapa sawit tu. Macam ada karnival jom heboh kat situ. Dalam hati mulalah terdetik, “kenapalah diorang ni tak pergi rumah Raja ke, Siva ke, Karupan ke cuti-cuti ni? Bolehlah makan murukku!! #%$^”
Dari cerita mulut ke mulut, telinga ke telinga, Bukit Broga sememangnya tempat yang cantik untuk dikunjungi terutama untuk kaki-kaki photographer dan pencinta alam sekitar. Tapi lama kelamaan tempat ni dah jadi padat sangat! Kalau tengok gambar Broga time awal-awal dulu memang berbeza sekali denga sekarang. Satu lagi aku tertipu dengan gambar yang aman damai tu. Di sebalik aman damai tu kita kena mengharungi dulu laluan yang sangat tak aman damai untuk naik Broga tu! Kenapa gambar tak-aman-damai tak ada sesiapa pun yang share? Stress! Kita kena lalu boleh kata laluan hutan jugalah. Dengan lubangnya, akar-akar kayu dengan tanah licin sepanjang lebih 1 km! Ada bran?!
Haha..psycho lebih je. Kalau yang adventurous dan suka aktiviti lasak tu ada dia kisah? Broga Hill memang cantik dan mendamaikan. Amat dialu-alukan untuk pergi. Lepas Broga Hill, kami seterusnya ke Sungai Tekala untuk menyegarkan segal-sengal badan dan kaki. Dapat mandi manda sama dengan kawan-kawan, sapu pasir sungai ke badan kawan…er…bunyi macam gay ke? Harap tak kisah. Hahaha!
Sampai uia dalam pukul 1pm camtu. Singgah makan cendol kat Giant sebagai “pelena” bak kata Saif untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Ye! Memang betul! Lepas zohor, tidur sampai pukul 6.30pm. Asar lewat sikit hari tu (--“) Lepas tu bontot punggung memang kebas habis naik motor! Ini baru pergi ke Kajang, belum lagi ke Terengganu atau Cameron Highlands macam Mang dengan Adib hari tu!
Buat mereka yang belum dan teringin ke Broga Hill tu eloklah menyiapkan diri dengan beberapa perkara:
Kalau boleh pakai kasut hiking, kasut yang betul-betul grip, jangan pakai tapak yang botak, jangan pakai sandal, crocs dan sebagainya. Kasut futsal boleh. Kalau tak, bersedialah jadi macam “ju-on” sepanjang pendakian itu. Merangkak tak boleh berdiri.
Bawa bersama torchlight sebab setahu aku tak ada pula lampu jalan nak naik atas tu. Jap! Ini untuk siapa-siapa yang naik atas sebelum subuh. Seeloknya pakai torchlight LED putih. Alaa..sekarang ni banyak jual kat uptown tu. Terang lagi bersuluh! Ini penting sebab laluan jungle trekking tu amatlah merbahaya, banyak lubang, batu besar, akar kayu, kaki orang, ular, dan sebagainya.
Cakap pasal subuh, berapa kerat sangatlah orang yang fikir pasal solat kat atas tu. Ramai yang duduk melangut atas batu, sembang-sembang, ketawa laki perempuan, dan sapkok! Untuk apa mereka melihat kecantikan sunrise kalau tiada langsung terdetik di hati mereka siapa yang menciptakan semua tu. Mudah-mudahan pintu hati mereka terbuka suatu hari nanti. Oh ye, jangan lupa bawa tikar dan air cukup untuk mengambil wuduk, dan kompas kiblat. Kalau nasib baik, boleh jumpa jemaah yang sediakan tempat solat.
Kalau rajin sebelum mendaki, buat sedikit warm up. Stretching sikit-sikit kaki, pergelangan kaki, lutut dan apa yang patut. Kalau tak nanti senang cramp, atau lenguh macam aku. Efeknya datang keesokan harinya. Hehe! Bawa air untuk minum kalau haus. Nanti pancit!
Seboleh-boleh elakkan dari pergi time cuti, especially weekends. Memang umat manusia amat ramai time macam ni. Bayangkan sepanjang pendakian tu boleh jam! Kat puncak tu dah jadi macam pasar malam jadinya! Tak ada langsung port nak lepak!
Kalau ada kamera especially DSLR memang digalakkan bawa bersama! Pemandangan di sana amat indah sekali. Subhanallah! Maha Suci Allah yang menciptakan.
Nak kata DSLR, tapi cuma ada kamera henpon cikai di sisi. Apa boleh buat. Buruk pun buruklah! Ada gambar sikit untuk tatapan bersama. Layankan jela…
Read more...