Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Industrial training

Monday, April 19, 2010


Berkenaan dengan industrial training, tak ada benda pun nak dicerita macam sesetengah kawan yang berkongsi melalui facebook dan blog. Mungkin awal lagi nak menilai tempat kerja ni macam mana. Aku dan Saif dibiarkan saja tanpa kerja. Mungkin baru first week kot, mungkin juga company ni nak kita independent, cari kerja sendiri atau pandai-pandai tanya orang sekeliling.

First week ni (mungkin juga whole month), Aku dengan Saif ditempatkan di bahagian Die Maintenance. Mana-mana die yang rosak akan dibawa ke sini untuk kerja-kerja pembaikan macam welding, grinding, drilling dan polishing. Lepas banyak kali proses, die tu akan jadi haus, calar-calar, pecah dan sebagainya.

Jap, die tu sebenarnya satu alat yang digunakan untuk proses stamping steel plate yang akan membentuk parts dalam kereta. Sebelum ni aku ingat besi-besi dalam kereta tu dibuat guna moulding process macam belajar kat engin workshop dulu. Rupanya just dihentak untuk dibentuk.


Kat sini waktu rehat ada 3 kali. Pukul 10am dah lunch siap-siap, pukul 1pm tido dan solat zohor sampai pukul 1.45pm. Pukul 3.30pm minum petang pula. Beginilah rutin harian yang membosankan. Duit habis dengan makan je, sudahlah tak dapat elaun.

Company ni satu-satunya company bumiputera (melayu) yang jadi vendor untuk Proton dan Perodua. Lebih 20 tahun beroperasi dan dijangka akan berkembang lagi. Banyak projek baru Proton dengan Perodua akan dibuat di Autokeen. Tak lama lagi MyVi Sedan akan keluar. Usha jela web Autokeen untuk penjelasan lanjut.

Eh..panjang lak bercerita. Tadi kata boring.

Read more...

Chelsea FC 2010/2011

Saturday, April 17, 2010

Chelsea FC secara rasmi revealed diorang punya new home kit untuk season depan, 2010/2011. Tak ada banyak sangat perubahan berbanding sebelum ni, hanya bahagian kolar diberi nafas baru dengan ditambah jalur merah. Have a look through the pictures aku posted ni. Antara yang star-star jela ye...

John Terry : England : Defender
CAPTAIN

Frank Lampard : England: Midfielder

Petr Cech : Czech Republic : Keeper

Didier Drogba : Ivory Coast : Striker

Michael Ballack : Germany : Midfielder

Florent Malouda : France : Winger

Chelsea hampir pasti membolot dua silverware musim ni, FA Cup dengan English Premier League, cuma satu je lagi yang tak pernah dapat, UEFA Champions League!!

Behind the scenes launch:

Read more...

Catia oh Catia

Monday, April 5, 2010

Time tengah cuti macam ni terasa nak bermain dengan Catia pulak. Lepas teringat balik lab Catia aku sem lepas, banyak lagi yang aku kena tau dengan software ni. Dengan FJD yang tak ajar sangat dengan detail, just basic macam mana nak guna… benda ni kena ada inisiatif sendiri kalau nak expert. Lagi-lagi software ni sangat popular dalam membuat design dan simulation. FYP pun aku just guna Working Model yang cikai. Walaupun supervisor dengan examiner tak banyak cerita pasal software, tapi…please la Fuad, kau kena mahir Catia ni. Sebab tu adalah software yang maha penting especially siapa yang ambil mechanical. So, silalah rajin-rajinkan diri mentelaah software ni ye… Bukan abang Mat je yang kena kenal, kakak Cat pun kenalah ambil tahu juga.


Banyak tutorial Catia yang boleh digoogle di internet. Cuba try test kalau nak tau…



catiatutorial.blogspot.com


Catia Tutor

Hongkong Polytechnic University


Tutorial Hero


Links lain


Read more...

I'm back!

Salam sejahtera…



Hampir terlupa ada blog sendiri, yang dah lama ditinggalkan. Itu pun teringat bila surfing fb adalah sorang dua kawan yang share posting blog diorang…



Antara yang terawal habis exam, dengan bangganya dapatlah bercuti lama sikit sebelum memulakan tugas di Autokeen Sdn Bhd 12hb April ni. Masa yang terluang dihabiskan dengan melayan cerita-cerita yang ada di dalam hdisk computer sambil mengunyah kekacang, kurma, tin, dan halwa yang mak aku beli selesai mengerjakan umrah.



Time cuti macam ni ada dilema juga. Sama ada jadi cikgu (cum ustaz) kat sekolah mak aku ataupun kerja sebagai promoter Permata Hijrah dengan abang aku. Kalau mengajar 3 jam je sehari, kalau promoter pagi sampai malam. Tengok la camane nanti.



Nak cerita sikit pasal Permata Hijrah (PH) yang sekarang sangat famous kat tv tu. Mulai sekarang abang aku dan mungkin beribu stokis dan pengedar akan beralih ke satu lagi produk penjagaan mata yang dikenali sebagai B-Trang. B-Trang adalah satu produk alternatif kepada PH yang mana harganya jauh lebih murah, kandungan lagi pekat dan terjamin quality controlnya.




Bukan untuk memusuhi PH, tetapi ini diakui sendiri oleh dua orang founder PH yang pakai kopiah tu. Diorang kata PH lepas ni dah tak memerlukan pengedar. HQ akan menjual sendiri produk dengan membuat roadshow serata Negara. Kita dapat lihat ada sifat tamak disitu seolah-olah HQ takut pengedar akan mengaut keuntungan mereka. Mana taknya, semua orang bawahan ‘ustaz’ tu taknak kalah pakai Mercedes CLS, CLK dsb.



Sebenarnya banyak betul masalah yang ada kat PH ni. Kalau aku cerita pun takut orang cakap aku ni dengki ke jeles ke…haha! (typical malay). Just nak bagi peringatan jangan tertipu dengan 2 orang founder PH yang pakai kopiah tu. Diorang tak layak digelar ‘ustaz’! Masa belajar kat pondok pun tak habis. Produk PH memang tak dinafikan memang bagus. Tapi pengurusan PH ni teruk sangat-sangat. Sudah la...type panjang-panjang pun bukan boleh buat apa pun.



Dalam cuti yang singkat ni teringin nak tengok movie Clash of the Titans. Siapa free jomla ajak aku...huhu (--")



Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP