Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5800 In Action

Tuesday, July 28, 2009


Ada satu henfon Nokia berjaya mencuri hati aku untuk memilikinya. Tersangatlah sesuai untuk menggantikan N73 yang maha lembab dan wajib dilupuskan dalam masa terdekat. YA! Nokia 5800… tersangatlah unik berbanding model lain. Menggunakan touchscreen (skrin sesentuh).. macam Apple iPhone tu. Dilengkapi stylus untuk handwriting atau memudahkan untuk menekan (gune thumb pon ok). Boleh auto rotate screen, nak tengok screen dalam keadaan portrait atau landscape.

Selain touchpad, kebolehan untuk WiFi menambahkan lagi minat kepada model ni. In fact, henfon yang dilengkapi kemudahan WiFi memang dah jadi top priority orang ramai pun. Cuma nak tahu macam mana nak register ke iium community tu… bagaimanakah untuk mengetahui MAC address henfon ni?? Kalau kat rumah boleh la sebab ada router sendiri. Boleh la kita sentiasa update keadaan semasa…dalam dan luar negara… and don’t forget the facebook!

Kekurangannya cuma satu, sukar untuk mengagak button mana yang ditekan jika pandang tempat lain. Situasi ini amat menyukarkan untuk sms dalam class ketika lecturer sedang bersyarah. Berbanding henfon yang dilengkapi keypad, kita still bole sms bawah meja sambil mata tengok whiteboard. Lecturer pun tak perasan sangat. Hehe!

Antara ciri-ciri lain yang agak menarik macam biasa:


3.5G… panggilan video 15 sen/min (u pax).
Display screen yang memang besar…3.2 inches
3.5mm audio jack..yakni boleh connect dengan earphone/headphone biasa.
Memory…81MB internal…up to 16GB external memory (microSD).
Camera…3.2MP je, Carl Zeiss optics, autofocus, LED flash
GPS…GARMIN (boleh install next time)
Bluetooth…USB cable
..dan banyak lagi!!




Nokia 5800 dengan Apple iPhone

Read more...

Hari kedua sem baru

Wednesday, July 15, 2009

Sedihnya tak dapat add class Management dengan Dr Che Radzi semalam. Lagi-lagi si Adib yang problemnya sama dengan aku (class dari pagi sampai petang). So terpaksalah aku join class Dr Terry Allstar (bukan nama sebenar). Bukan tak suka dengan dia, tapi pernah kelas workshop dengan dia sekejap. Bagi assignment last minute walhal section lain tak ada pun apa-apa assignment. Tak apalah, tak kisah pun. Yang penting boleh add something untuk gantikan CS. Ramai kawan kata dia best jugak lecture.



Pukul 3pm camtu keluar jap pergi Giant, untuk beli pam tayar motor aku dengan Adib. Sambil-sambil nak riangkan hati dia yang duka lara tak dapat add management (haha..boleh pulak). Lepas beli barang, makan kfc, food testing untuk cheezy chickarony… Tapi Adib tak boleh lupakan jugak favorite BOSO dia. Kesian… Orang Uighur tu balik kampung la, tengah ada rusuhan kat sana.



Lepas asar terus pergi ke motor yang tersadai 2 hari kat tepi jalan tu. Pam..pam.. dan terus pam… Sampai lenguh kaki ni. Rupanya aku buat satu kerja sia-sia…dush3!!~ Angin pam tu tak masuk langsung ke dalam pelampung (tak tahu nama betul benda tu) dalam tayar. Tayar tu kena buka dulu untuk betulkan pelampung dalam tu yang dah lari. Rasa nak baring ketensionan je kat tepi jalan. Nak tolak ke bengkel dahla jauh pastu berat giler. Adeh…biarkan jela dulu. Nanti dapat la ilham cane nak buat. 

Read more...

Semester baru

Tuesday, July 14, 2009

First day sem baru dah kena saman!! Semua tempat parking untuk staff je, habis tu student kat celah mana? Dahla bukan main payah nak cari tempat kosong. Lepas tu, starting 1 Ogos ni pulak, ada satu undang-undang bebal kepada penunggang motor; kena pakai helmet!! Bagus la tu sebab rule baru ni boleh elakkan kepala kita daripada pecah dan terburai isi otak. Nanti takdelah susah pak guard nak kutip organ tu bila ada accidents. Aku ada helmet tapi tak sesuai sangat buat basahan. Sebabnya helmet racing, naik scooter je pon, bukan TZM ke FZ150 ke… So kesimpulannya, kenalah beli helmet baru. Bawak motor salah bawak kereta pun salah…jadi serba salah!



Alhamdulillah, sem ni pejam celik dah 3rd year 2nd sem dah aku kat uia ni. Sebelum tu nak cakap Thank You kat Encik Hersi sebab luluskan GEN aku. Midterm kaw-kaw punya ‘senang’ sampaikan CAM jadi  nyawa-nyawa ikan. Tolong la jangan pilih class dia siapa-siapa yang belum ambik GEN @ UNGS. Selain mengelak daripada dapat markah sikit, students kena dengar lawak-lawak basi dia. Tapi tak dapat diragu, dia seorang yang hebat! Dengar cerita ramai yang failed GEN…sedihnya kalau failed.




Setakat jam ni, inilah susunan jadual untuk sem ni. Takde pun hari Selasa. Hari Isnin dengan rabu class start from 8.30am till 5pm..duhh!~ Memang tak boleh nak buat apa. Faham-fahamlah dah 3rd year ni most of the class ada satu section je. Kalau tak tahan nanti, change subject la. 1st day class semalam berapa kali menguap. Nak menempuh untuk the whole semester?? Bulan puasa nanti?? Ish3...

Read more...

Coca Cola & Mentos

Saturday, July 11, 2009

Cuba lihat experiment yang dijalankan oleh sekumpulan student (tak pasti lak kat mane) dengan mencampurkan air bergas dengan Mentos.

So be careful with yourself, chewing MENTOS together with Coca Cola (or Coke)...terutamanya aku yang tak sah kalau takde Mentos bila dalam kelas. Selain menyegarkan pernafasan, Mentos ni at least boleh hilangkan sikit ngantuk tu especially masuk class GEN dengar Hersi lectures. Tapi tak pernah pulak sambil minum Coke...

Check this out..





Agaknya macam mana perut kita kalau benda macam ni berlaku... Na'uzubillah!

Read more...

The New 2009/2010 Chelsea Kits

Saturday, July 4, 2009

HOME KIT

AWAY KIT

THIRD KIT

GOALKEEPER KIT

Read more...

Dapat Awards



Sekali lagi kena tagged. Dan kali ni mungkin secara kebetulan Syazwani dengan Farhana tagged dengan soalan yang sama. Sorry sebab lewat sangat reply, ni pun dah berusaha sedaya upaya untuk jawab.


1. Copy award di atas dan letakkan di blog anda.

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ni.



Syazwani

  • Clasmate sister kat matrik dari 1st sampailah final sem, dengan Huda, Najmi dan Wahidah.
  • In a relationship dengan sahabat saya…haha!
  • Ada bakat menjadi seorang penulis. Tengok ajelah blog dia..Bintul Walidain.
  • First yang beri award kat blog ni..terharunyer ^____^
  • Fluent English… hebat betul!

Farhana

  • Nama dia sama dengan satu tajuk lagu satu kumpulan ni…(tak ingat la ape)
  • Sangat-sangat cintakan dunia Jepun..jdorama, boyband..etc
  • Tapi still layan Prison Break, Chuck, Heroes (even sibuk dengan benda Jepun)
  • Mewakili UIA dalam MASUM dan ROBOCON… tak semua berpeluang camtu.
  • Beli handphone baru, SE705… Canggih ya amat

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi sendiri sebelum memilih untuk penerima award seterusnya

  1. Starting cuti sem ni dah tak join sebagai committee Taaruf Week…nak rehat2 kat rumah.
  2. Addicted dengan games Facebook, Waka-waka, Biotronics, My Zoo, Barn Buddy dan sebagainya. Padahal games biase2 je pun. Nak bersaing punya pasal.
  3. Ada 11 orang anak buah. Love them soooo much!
  4. Bila jumpa kucing mesti nak try dekat dan usap2 kepala. Tapi kebanyakannya lari especially kucing2 kat UIA.
  5. Swimming kat UIA kalau petang ade free time.
  6. Kuat tidur. Adoyai...what's wrong with me?? Mana taknya…pernah bangun pukul 2pm (tidur lepas subuh la).
  7. Pernah terdetik dalam hati, adakah Mechanical Engineering (Automotif) course yang paling susah kat UIA? Kesian kat aku…dan sahabat2 seperjuangan yang lain.
  8. Sangat tension dengan handphonenya sendiri. Nak kena tukar ni, banyak sangat problem.
  9. Tak puas hati dapat mahalah yang ‘kureng’ untuk tahun ni. (Katil pendek, x muat, tingkap hadap cahaya, meja keyboard tu pon dah tak betul).
  10. Friendly kot…hehe! Mudah bagi harapan.

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka


Tak nak tuju kat siapa2 just nak bagi award ni kat siapa-siapa yang ada terbaca tag ni, yang belum buat lagi, dan rasa rajin serta ada masa nak buat, adalah amat dialu-alukan. Err..nak bagi kat Jee la. Ngeh3!~ ^___^

Read more...

Chelsea : Summer Transfer Targets

Thursday, July 2, 2009

Who will be in at Stamford Bridge this summer? Selepas kehadiran manager baru, Carlo Ancelotti pastinya Chelsea akan mengalami sedikit perubahan dalam memastikan kejuaraan liga kembali ke pangkuan selepas 3 musim kemarau. Dengan Bos Chelsea, Roman Abramovich bersedia membuka buku ceknye, saingan liga season depan dijangka menarik. Kita dengar some familiar names linked to Stamford Bridge, tapi dalam banyak-banyak transfer gossip ni banyak je yang impossible. Kadang-kadang certain club nak je jual player tu, tapi tuan punye badan not interested. Nak buat camne… Chelsea kena kuatkan bahagian forward, winger dengan right back since Bosingwa kata nak blah…



David Villa



DOB: 3/12/1981 (age 27)


Nationality: Spain


Club: Valencia (Spain)


Position: Striker


08/09 club appearances: 40


Total goals: 31


International Appearances: 48


Total goals: 31



Zlatan Ibrahimovic


DOB: 3/10/1981 (age 27)


Nationality: Sweden


Club: Inter Milan (Italy)


Position: Striker


08/09 club appearances: 46


Total goals: 29



Alexandre Pato



DOB: 2/9/1989 (age 19)


Nationality: Brazil


Club: AC Milan (Italy)


Position: Striker


08/09 club appearances: 42


Total goals: 18



Franck Ribery



DOB: 7/4/1983 (age 26)


Nationality: France


Club: Bayern Munich (Germany)


Position: Winger


08/09 club appearances: 36


Total goals: 14




Maicon Douglas



DOB: 26/7/1981 (age 27)


Nationality: Brazil


Club: Inter Milan (Italy)


Position: Right Back


08/09 club appearances: 40


Total goals: 5




Memang dah jadi kebiasaan Ancelotti sejak di AC Milan mempertaruhkan kuda-kuda tua dalam semua match. Nama-nama seperti Maldini, Pirlo, Gattuso, Nesta, Seedorf dan Jankulovski yang umur melebihi 30 tahun sering diturunkan. Aku percaya semua fans Chelsea tak setuju kalau Ancelotti beli player-player tua ni. Not worth the money!! Tak gune..takut ade lambakan orang-orang tua. Lagipun Chelsea players like Ballack, Lampard, Drogba, Anelka tu pon dah menjangkau 30an.



Andrea Pirlo



DOB: 19/5/1979 (age 30)


Nationality: Italy


Club: AC Milan (Italy)


Position: Midfielder


08/09 club appearances: 24


Total goals: 2



Gennaro Gattuso



DOB: 9/1/1978 (age 31)


Nationality: Italy


Club: AC Milan (Italy)


Position: Defensive Midfielder


08/09 club appearances: 16


Total goals: 1


Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP