Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jalan-jalan Padang

Saturday, June 13, 2009

Sebenarnya banyak benda yang nak dikongsi lepas dah lama tak post benda ni. Kita cerita pasal bercuti dulu la.

Cerita pasal vacation haritu, sekali lagi family aku jalan-jalan ke bumi Indonesia. Dan kali ini destinasinya adalah Padang, kat wilayah Sumatera Barat. Kalau nak ikutkan sejarahnya, Padang nilah tempat asal usul masyarakat minang yang femes kat Negeri Sembilan tu termasuklah YDP Besar Negeri Sembilan sendiri. Nenek moyang segala keturunan semua berasal dari sini.Adat Pepatih yang kita belajar kat sekolah dulu tu masih diamalkan kat Padang ni tapi bukan semua la. Nak cerita sikit pasal adat ni, budak laki 10 tahun tidak boleh duduk serumah dengan ibu bapa. Diorang kena tinggal di madrasah/surau untuk belajar ilmu agama, silat dan sebagainya sampai kahwin. Satu lagi, adat ni meninggikan kaum wanita seperti dalam pembahagian harta, perempuan dapat lebih dari laki esp sulung.


First day sampai, kami dibawa ke Bukit Tinggi, lebih kurang 2-3 jam perjalanan dari bandar Padang. Kat Bukit Tinggi pemandangan memang sangat cantik. Dengan tasik semulajadi dan dikelilingi gunung, dah pasti akan terpukau dengan keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. Ada juga gunung berapi dengan sawah padi menghijau terbentang luas. Saujana mata memandang. Hehe :)


Kat sini jugalah adanya rumah Allahyarham Dr HAMKA atau nama penuhnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Dr Hamka bukan saje seorang ulama malah beliau adalah sasterawan dan aktivis politik. Time dengar cerita dari anak sedaranya, Dr Hamka seperti sebatang pokok kelapa yang mana akarnya di Indon manakala hujungnya condong ke Malaysia. Masakan tidak, Dr Hamka dulu selalu datang ke Malaysia dan PhDnya atas kurniaan UKM. Beliau juga berkeras dengan kerajaan Indon time Indon ade konfrontasi dengan Malaysia. Alaa..kempen "Ganyang Malaysia" dulu tu. Usaha-usaha Dr Hamka langsung tidak dihargai di bumi sendiri. Rumah asalnya pun atas ihsan ABIM dan NGO2 Malaysia yang hulurkan bantuan. Tafsir Dr Hamka yang femes tu kalau nak tau beliau karang time kena penjara oleh Sukarno.

Allahyarham Dr Hamka

Padang ni suasananya kita boleh kata macam kat Kelantan. Sebuah bandar yang islamik, 98% majoriti Islam. Makanan pun senang nak cari, halal semua. Sebut pasal makanan, dalam 4 hari vacation tu kami dihidangkan masakan padang. Pinggan mangkuk isi lauk disusun bertingkat-tingkat. Bila kita datang, dia letak semua jenis lauk tu kat meja kita. Tapi makan mana yang nak jela, once dah sentuh, its considered sold. Jemu jugaklah asyik makan benda sama 4 hari tu. Huhu...tapi jus diorang sedap. Jus Avocado dengan buah naga. Superb!!


Padang ni juga terkenal dengan kain-kain sulaman. Kebaya, telekung dan baju melayu semuanya mesti ada sulam-sulaman. Yang perempuan mesti rambang mata tengok, taktau nak pilih mana, banyak sangat pilihan. Yang lelaki pulak mesti memerlukan tenaga yang cukup untuk membawa barang-barang mereka :P
Ambik sepasang dua ok gak baju ni...tapi..nak bagi sape? (awek takde lagi..huhu!)

Hurm..ape lagi ye nak cerita. Cukup la kot. Kalau ada pape nak tanye bole tinggalkan kat komen.

Next vacation: Jakarta-Bandung-Puncak (insyaAllah..)


Jam Gadang - Tinggalan Belanda di Padang

Sesi try baju

Pemandangan dari belakang hotel

Mereka yang sabar dan tekun saja boleh menyulam

Usaha Tok Guru menghantar ibu-ibu tunggal berkursus sulaman

Istana Pagaruyung dalam pembinaan selepas terbakar pada tahun 2001

2 comments:

Frank June 13, 2009 at 8:46 PM  

Buya Hamka, seorang tokoh tajdid dari Indonesia

Dulu time zaman dia, dia diharam masuk Johor kerana dituduh sesat.Mufti Johor zaman tu cop dia wahabi. Siap tulis buku lagi pi sesatkan dia.

Semoga Allah merahmati beliau

Anonymous June 20, 2009 at 3:06 PM  

Hello,

Tentang Sumbar, ada artikel pariwisata yang bagus di blog Cantik Selamanya. Judulnya "Wisata ke Pulau Sikuai, Sumatera Barat", ada di http://cantik40s.blogspot.com/2009/06/wisata-ke-pulau-sikuai-sumatera-barat.html

BAGUS!

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP