Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Upin dan Ipin cetus fenomena

Monday, December 1, 2008


Aku dah tengok drama animasi tempatan seperti Kampung Boy, Usop Santorian, Kacang dan beberapa lagilah tetapi bagi aku ia ’so-so’ saja, takde sangat yang istimewanya kecuali perasaan bangga sebab ia dihasilkan oleh tenaga kreatif anak tempatan.


Tetapi kehadiran Upin dan Ipin membuatkan perasaan bangga aku semakin meluap-luap jadinya. Jalan cerita yang simple tetapi kelakar habis membuatkan aku ’sukar’ untuk menolak naskhah hebat ini.



Di mana saja semua orang bercakap tentang siri animasi ini. Kanak-kanak jangan cakaplah. Anak buah aku berapa kali ulang cerita ni.



Lebih dahsyat lagi, di Indonesia sendiri drama animasi ini mula menjadi sebutan dan menjadi antara rancangan kartun paling diminati penonton republik tersebut.



Dulu aku agak skeptikal juga dengan siri-siri animasi buatan tempatan, tetapi Upin dan Ipin telah merubah segalanya. Aku difahamkan ramai tenaga kerjanya terdiri daripada anak muda lulusan MMU dan Limkokwing. Doa aku agar mereka terus sukses dan mungkin akan pergi sehebat Walt Disney.





Siapa-siapa yang nak beli merchandise Upin Ipin boleh pergi ke wismanya yang terletak di belakang Giant Shah Alam. Ada jual t-shirt Upin Ipin yang laku macam pisang goreng panas. Jangan kata kanak-kanak, bapak budak pun berebut-rebut nak dapatkannya.



Ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Upin dan Ipin telah membutikannya! Nantikan kemunculan Geng The Movie. Malaysia’s first ever 3D animated feature film. Tak salah kalau aku kata Upin dan Ipin adalah satu fenomena di Malaysia selepas Mawi.



Bravo Les Copaque!

3 comments:

Munsyi December 1, 2008 at 6:53 PM  

ayat last ko salah..upin ipin fenomena slps aku la..bkan mawi..haha

ptt la anak sedara ko suke upin ipin..pakcik die pon suke..wonderpet pon..

lillah أم هريرة December 1, 2008 at 11:27 PM  

upin yg cute miut.. anak sedara sy pun suka.. :D

Hidayah December 6, 2008 at 6:04 PM  

salam..cite ni animasi malaysia paling best!

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP