Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Ta'aruf

Wednesday, December 17, 2008

Salam sejahtera kepada semua pengunjung Kerajaan Hati dan Pandangan Alternatif. At last...update juga blog ni setelah sekian lama menyepi. Minggu ini bermulanya minggu yang memenatkan. Pelajar-pelajar baru, x-matric, direct intake, pre-sessional dan sebagainya baru mendaftar sebagai pelajar di Taman Ilmu dan Budi. Tapi sebagai committee, 10 hb dah kena masuk, walaupun tak puas menikmati keenakan sup daging dan tulang (esp gearbox..).

Aku dapat jadi biro catering. Boleh la rilek sikit. Tapi sibuk time melayan vip atau guest yang datang program, dengan cedokkan lauk kat student baru time lunch dan dinner. Paling memenatkan kena bangun pukul 4 pagi untuk kejutkan budak untuk bersiap-siap menunaikan fardhu subuh berjemaah di Masjid Sultan Hj Ahmad Shah. Biro Discipline and Ibadah tak cukup orang nak gerakkan student, so Catering dengan Special Task la yang menjadi mangsa.

Itu sahaja setakat ni. Biro multimedia ada buat blog untuk minggu taaruf ni. Sudi-sudilah menjengoknya!

Ta'aruf Week IIUM 08/09

Adeh...head-comm aku suruh turun la. Aku kena susun makanan sekarang ni. Budak nak lunch. Chow!

0 comments:

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP