Salam Ta'aruf
Wednesday, December 17, 2008
Salam sejahtera kepada semua pengunjung Kerajaan Hati dan Pandangan Alternatif. At last...update juga blog ni setelah sekian lama menyepi. Minggu ini bermulanya minggu yang memenatkan. Pelajar-pelajar baru, x-matric, direct intake, pre-sessional dan sebagainya baru mendaftar sebagai pelajar di Taman Ilmu dan Budi. Tapi sebagai committee, 10 hb dah kena masuk, walaupun tak puas menikmati keenakan sup daging dan tulang (esp gearbox..).
Aku dapat jadi biro catering. Boleh la rilek sikit. Tapi sibuk time melayan vip atau guest yang datang program, dengan cedokkan lauk kat student baru time lunch dan dinner. Paling memenatkan kena bangun pukul 4 pagi untuk kejutkan budak untuk bersiap-siap menunaikan fardhu subuh berjemaah di Masjid Sultan Hj Ahmad Shah. Biro Discipline and Ibadah tak cukup orang nak gerakkan student, so Catering dengan Special Task la yang menjadi mangsa.
Itu sahaja setakat ni. Biro multimedia ada buat blog untuk minggu taaruf ni. Sudi-sudilah menjengoknya!
Ta'aruf Week IIUM 08/09
Adeh...head-comm aku suruh turun la. Aku kena susun makanan sekarang ni. Budak nak lunch. Chow!
Selamat Menyambut Aidil Adha 1429H
Sunday, December 7, 2008
ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD...
Jangan keberatan untuk melaungkan takbir dan memuji kebesaran Allah s.w.t di hari-hari yang mulia ini...
Penemuan dari Google Earth
Saturday, December 6, 2008
Simbol yang selalu digunakan dalam pemujaan Syaitan
Google Earth
Thursday, December 4, 2008
Pernah dengar Google Earth? Ia sebenarnya adalah pandangan dari satelit yang membolehkan kita tengok bandar tempat kita tinggal, rumah-rumah dan sebagainya from a bird's eye view. Just isikan tempat mana nak tengok. Daripada imej sebuah bumi, software ni secara automatiknya akan zoom ke tempat pilihan. Cool...
Everyone should try this awesome application. Boleh download Google Earth kat sini.
Upin dan Ipin cetus fenomena
Monday, December 1, 2008
Aku dah tengok drama animasi tempatan seperti Kampung Boy, Usop Santorian, Kacang dan beberapa lagilah tetapi bagi aku ia ’so-so’ saja, takde sangat yang istimewanya kecuali perasaan bangga sebab ia dihasilkan oleh tenaga kreatif anak tempatan.
Tetapi kehadiran Upin dan Ipin membuatkan perasaan bangga aku semakin meluap-luap jadinya. Jalan cerita yang simple tetapi kelakar habis membuatkan aku ’sukar’ untuk menolak naskhah hebat ini.
Di mana saja semua orang bercakap tentang siri animasi ini. Kanak-kanak jangan cakaplah. Anak buah aku berapa kali ulang cerita ni.
Lebih dahsyat lagi, di Indonesia sendiri drama animasi ini mula menjadi sebutan dan menjadi antara rancangan kartun paling diminati penonton republik tersebut.
Dulu aku agak skeptikal juga dengan siri-siri animasi buatan tempatan, tetapi Upin dan Ipin telah merubah segalanya. Aku difahamkan ramai tenaga kerjanya terdiri daripada anak muda lulusan MMU dan Limkokwing. Doa aku agar mereka terus sukses dan mungkin akan pergi sehebat Walt Disney.
Siapa-siapa yang nak beli merchandise Upin Ipin boleh pergi ke wismanya yang terletak di belakang Giant Shah Alam. Ada jual t-shirt Upin Ipin yang laku macam pisang goreng panas. Jangan kata kanak-kanak, bapak budak pun berebut-rebut nak dapatkannya.
Ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Upin dan Ipin telah membutikannya! Nantikan kemunculan Geng The Movie. Malaysia’s first ever 3D animated feature film. Tak salah kalau aku kata Upin dan Ipin adalah satu fenomena di Malaysia selepas Mawi.
Bravo Les Copaque!
Football Manger 2009
Thursday, November 27, 2008
Minggu lepas, Sega telah melancarkan game strategi bola sepak paling popular, Football Manager 2009. Dengan pelancaran game ini, fenomena tak tidur malam akan kembali melanda setiap penggemar game ini khususnya student-student uia. Tidur 3-4 pagi dah menjadi kebiasaan. Masa lapang walaupun sedikit diisi dengan bermain FM. Sebelum ke kelas, sebelum mandi, lepas solat subuh dan sebagainya. Masa berlalu teramat pantas bila bermain game ini dan ada seperti kuasa yang menghalang untuk menutupnya. Lebih-lebih lagi apabila kita menekan button ‘Continue’ dan ‘ Go To Match’.
Selamat bermain…enjoy!
Some new features of FM 2009
- 3D feature dengan pelbagai sudut kamera.
- Interaksi yang banyak antara manager dengan assistant.
- Player boleh mintak no jersi kesukaannya.
- Goalkeeper ada 3 attributes baru: first touch, free kick taking dengan penalty tacking.
- Ada record untuk fastest goal.
Jom tengok trailer game ni
Read more...