Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Swimming skill

Monday, February 16, 2009


Akhirnya berjaya jugak aku habiskan hujung ke hujung Olympics-size swimming pool kat uia ni. Tapi 50 meter je la takat ni, pastu kena rehat jap. Nak buat 100 meter non-stop pancit kot. Ok la tu, kira aku antara yang advanced banding dengan budak-budak lain. Ahaks! Sekarang ni baru la betul sikit teknik renangan aku. Baru tau yang daya tujahan bukan sebab tolakan kaki kita tapi time 2 kaki kita rapat.

So, bagi siapa-siapa yang belum ambil skill area lagi, buatlah pilihan yang bijak. Jangan ambik skill yang kita dah tau nak buat. Rugi camtu. Nilah satu-satunya peluang yang ada sebab kalau nak buat kat luar beratus-ratus kena bayar. Rugi satu hal. Tengok sekarang aku tau berenang..(dengan lagi hebat) haha!

Pastu Khamis haritu aku pegi practice jap, dan terjumpa x-deputy dean engine, Dr Raihan. Sekali tengok macam pernahku lihat susuk itu. Maybe sebab lama tak nampak lepas dia ajar aku Calculus I dengan Partial Differential Equation & Linear Algebra.

Sambil tersenyum-senyum macam kambing tak mandi, aku pun tegur dia. Terasa malu pulak aku yang hanya memakai tight tiga suku sedang dia pakai swimsuit lengkap berbaju dan berseluar pendek. Nak tak nak aku terpaksa buka mulut sambil tengah stretching dengan dia…huhu

“Selalu turun ke, sir?”

“Hehe..takdelah. Petang-petang saya selalu ambik anak saya kat sekolah. Saya pun dah lupa camne nak berenang ni.”

Tengok-tengok rilek je dia berenang, banyak kali round lak tu. Hebat3!

Sebenarnya banyak lagi yang diborakkan. Pasal skill class aku ni, ajar subjek apa sem ni, rampasan kuasa di Perak, café faruq mahal dan bau bangla, kucing rumah aku beranak, dan banyak lagi. Tapi cukuplah sekadar ini yang ditulis.

Sebelum berpisah, satu je disadvantage swimming skill ni. Balik bilik mesti penat. Minggu lepas aku tertidur awal, dan tak sempat study untuk quiz esoknya. Dan quiz tu tak terjawab..huhu sedihnyerrr!

1 comments:

aimi_mazlan February 21, 2009 at 7:56 PM  

huhu.. ada org tu nk meng'tough'kan body dier.. saper? saper ek?? hehe =P

ey, kucing ko bru bersalin? bg r sekor kt aku..

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP