Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pilihanraya Kampus

Monday, February 16, 2009

Belum lewat aku ucapkan tahniah kepada mereka yang menang dalam pilihanraya kampus baru-baru ini. Besarlah amanah yang dipikul saudara saudari dalam memikul tanggungjawab sebagai wakil suara pelajar di uia ini. Semoga hasil kerja kalian diberkati Allah s.w.t.

Walaupun manifesto kalian kadang-kadang nak tergelak aku baca (calon engin sahaja…yang lain aku tak baca) yang boleh ibarat ‘cap ayam’, tapi peliknya boleh menang juga. Benarlah begitu kuat pengaruh wufi dalam diri setiap mahasiswa di sini. Sukar ditanggal walaupun terang-terangan mereka sukar untuk melaksanakan manifesto tu. Aku lebih tertarik dengan manifesto calon aspirasi yang kita tengok boleh menguntungkan student engin itu sendiri . Macam “all student applying for EIT get accepted”, “enhancing the security level” dan sebagainya. Tapi apakan daya buat saudari tu, kalah teruk..sekitar ratusan undi.

Aku taknaklah suggest manifesto bagaimana yang rasional dan tarik minat pengundi. Tapi manifesto yang rasional sepatutnya mengambil kira welfare student dengan ruang lingkup kuasa src yang sangat sangat-sangat-sangat-sangattt limited tu. So manifesto tu kena ‘achievable’lah dalam keadaan yang maha terhad tu.

Satu lagi yang aku tak berkenan ialah budaya hulur-menghulur ni. Sekarang ni dah mula diselaputi elemen-elemen songsang yang bertentangan dengan amalan demokrasi dalam meraih undi. Tak kisahlah wufi ke, aspirasi ke. Ada yang hulur limau, gula-gula, notebook, tak kisahlah, yang penting dia hulur! Budaya apa korang nak terapkan dalam kampus ni? Adakah mahasiswa terlalu sakai sampai terpaksa hulur-menghulur benda? Nak kata itu rasuah? Yes, technically. Tapi aku tak rasalah mahasiswa sangat bangang mengundi calon tu sebab “dia bagi aku gula-gula seposen”.

My God, this is horror man! Hentikanlah budaya sebegini. Tidak perlu hulur-menghulur. Calon-calon yang bertanding atas prinsip Islam tu, kalau Umno menghulur dalam pilihanraya bukan main lagi hentam sana-sini. Sesame korang boleh pulak halal ek. Adoilaaa…

Oww…baru aku ingat. Dulu kakak aku pun pernah jadi src jugak. Tapi time tu takde lagi budaya hulur-menghulur ni...Hehe! Faktor kemenangan adalah calon itu sendiri. Ini sebenarnya yang kita mahu.




(Abang ipar aku...suami dia)

Tengah aku tengok satu persatu wakil student tu, ada benda yang menarik. Satu, presidennya ialah Shamsul Iskandar yang kini adalah Ketua Angakatan Muda KeADILan. Dan satu lagi lecturer Kinematics and Dynamics of Machinery aku. (Midterm haritu kasi la saya pass sir, dulu sir dengan kakak saya kawan se’src’ tau!)














3 comments:

Anonymous February 19, 2009 at 2:11 PM  

br fadly...kasik die fail KDM...die letak gamba bro waktu mude2..heheh

aimi_mazlan February 21, 2009 at 7:39 PM  

yup! saya stuju ngan munsyi!!

Anonymous February 28, 2010 at 8:02 PM  

http://markonzo.edu magic story very thanks actual ashley furniture [url=http://jguru.com/guru/viewbio.jsp?EID=1536072]actual ashley furniture[/url], nsccx, watch allegiant air [url=http://jguru.com/guru/viewbio.jsp?EID=1536075]watch allegiant air[/url], xckpm, best pressure washers [url=http://jguru.com/guru/viewbio.jsp?EID=1536078]best pressure washers[/url], hinsci, follow dishnetwork [url=http://jguru.com/guru/viewbio.jsp?EID=1536080]follow dishnetwork[/url], mddgrkp, fresh adt security [url=http://jguru.com/guru/viewbio.jsp?EID=1536076]fresh adt security[/url], nwqwjf,

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP