Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku @ IKIM.fm

Sunday, February 1, 2009

Jumaat lepas aku pergi ke IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan berkesempatan menyaksikan siaran radio secara langsung atau on air. Aku menemani kumpulan Haikal sebagai tetamu pada malam itu yang tampil dengan album terbaru mereka, dan bertindak sebagai jurukamera mereka. Huhu~ Dari uia aku terus menghala ke Jalan Duta dan sampai rumah jam 2 pagi.. Ini kali kedua aku masuk ke on-air konti radio, 1st time kat ERA time aku form 5.



Bagi sesiapa yang ‘kurang’ mendengar lagu-lagu nasyid, radio IKIM.fm menerbitkan carta nasyid mereka sendiri yang boleh didengar pada hari jumaat jam 10 malam. Frequency IKIM.fm ialah 91.5, so sape-sape yang tak save lagi frequency IKIM.fm dalam radio kereta, handphone, mp3 dan sebagainya ‘lu pikirla sendiri’. Bukan sahaja nasyid, banyak lagi benda-benda ilmiah yang sedikit sebanyak boleh dapat kita tau. Jangan asyik bukak HOT, ERA, HITZ je. Kalau ada kesempatan lepas subuh tu dengar la IKIM ni. Ada la sikit-sikit sarapan untuk rohani kita yang kurus kering ni.







0 comments:

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP