Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Duit raya

Sunday, September 28, 2008



Macam biasa, setiap tahun kena keluar duit sikit. Bagi duit raya kat semua anak sedara/anak buah. Bila lagi pakcik yang sangat baik hati ni nak belanja diorang semua. Lagipun diorang puasa full tu…tak pernah miss. Duit raya ni pun sikit je yang mampu kasi kalau nak dibanding dengan mak ayah diorang kasi duit raya kat aku…huhu! Beratus-ratus aku dapat.

Read more...

Hadiah raya

Aku mempunyai seorang lecturer yang juga sangat baik hati. Bukan macam aku yang suka bagi duit raya kat anak buah, tapi beliau baik hati dengan bagi satu projek dan satu assignment yang kena siapkan by 16/10. Beliau siap cakap “This is present for Hari Raya…” Damnn!!! Midterm haritu pun kurang separuh boleh jawab. Ada harapan fail teruk. Ni dia boleh pulak kasi banyak kerja sambil dia tersenyum simpul tanpa ada tanda-tanda nak tolong kitorang pun. Ya..dia adalah lecturer Math 5 aku. Tapi yang penting lepas cuti aku takde kelas math seminggu sebab beliau cuti lebih, balik Indon…


Read more...

Makan-makan dengan matric roomies



Macam ni kan bagus. Walaupun masing-masing dah berlainan bilik tapi ada gak terlintas nak makan sama-sama. Mungkin diorang ni teringat zaman matrik dulu makan selalu sama-sama. Kita ni duduk kat abc, ahli biliknya ramai…so ukhuwah tu pasti masih ada. Senda gurau tak pernah lekang kalau dengan bebudak ni.



Brader baju belang tu dalam kelaparan sebab tak makan lagi time buka..hehe!


Balik bilik baru teringat ada 4 bungkus nasi lebih time buka tadi. Afif dengan jang bawak balik dari iftar mahalah faruq, banyak gler lebih. Tapi nasib baik aku dah kenyang. Sebab budak-budak yang makan nasi tu kebanyakannya sakit perut..Kah! Kah! Kah!



Read more...

Video Raya

Video ni dibuat lepas habis terawih time iftar enginius. Tah sape punya idea. Masing-masing muka tak tahan nak gelak. Cadang nak hantar kat salam perantau macam kat paper dengan tv tu..ok ke?




Read more...

Iftar Jama'ie

First time terawih kat surau engin. Ni pun sebab ade iftar isnin haritu. Yang pelik time berbuka agak ramai yang datang. Time nak isyak dengan terawih, alih-alih geng-geng mus and friends je yang tinggal. Semua cabut balik…alasan nak solat kat masjid. Macamlah kat surau engin tu tak berjemaah. Kitakan ada program. Sama-samalah kita support kawan-kawan kita punya program.

Geng Mus & Friends?


Fahaman terbaru dari Amir, disokong oleh Ismat

Dengar tazkirah sambil menghirup teh

Seorang penyokong kuat dan tegar

Budak commu memang camni ek?

Read more...

Salamun 'Alaik

Tuesday, September 23, 2008


Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh…


Syukur ke hadrat illahi diatas limpah rahmat dan inayahNya dapat aku menghasilkan satu lagi blog, yang setakat ini dinamakan kerajaandiri.


Blog ini lebih terarah pada diri aku sendiri. Boleh la letak sikit-sikit pengalaman, suka-duka kehidupan dan sebagainya. Berbeza dengan blog pertama, mengenai hal ehwal semasa, politik negara dan apa-apa yang sesuai dikongsi rakyat Malaysia. Kalau ada apa-apa update terbaru dari blog tu akan terpapar kat blog penarikbeca. Di situ kurang sesuai kalau aku ‘ceritakan’ cerita aku kat orang ramai. Dengan kawan-kawan boleh la…


So…dengan ini, telah rasminya pembukaan cawangan terbaru aku. Hehe!

Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP