Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Pengantin Baru

Monday, September 26, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU


buat kekandaku Faiz Arman
dan pasangan Ain Alsyaqireen


Selamat menjalani bahtera rumah tangga
semoga redha Allah bersama kalian!

Doakan supaya adikmu ini depercepatkan menerima jodoh ;)
Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair!

Read more...

Kerja Baru


Seminggu sudah aku diterima masuk bekerja di Omron. Alhamdulillah semoga aku dan kawan-kawanku dimurahkan rezeki. Walaupun bukan company automotif, tapi mudah-mudahan ilmu mechanical yang ada dapat aku aplikasi dalam pekerjaan ni. Mencari kerja satu benda yang memenatkan lagi-lagi orang yang tak berapa pandai macam aku. Peluang yang ada amat terhad! So dapat offer terus aku grab chance ni, tambahan company ni kat Sg Way PJ memang dekat je dari rumah, cuma jalan jam jela setiap hari. Kalau jauh susah nak cari rumah sewa, duit minyak, tol lagi. Sebelum ni terpaksa menolak offer sebagai design engineer di Nilai..huhu NILAI!!

Selalu student yang deal dengan electrical electronics je yang pernah dengar Omron ni. Omron ialah company based in Japan. Famous product yang Omron buat macam alat-alat kesihatan elektronik macam blood pressure monitor yang selalu orang guna tu. Tapi Omron Malaysia hanya buat Relay atau geganti dalam peralatan-peralatan elektrik, elektronik, kereta dan sebagainya. Boleh visit webpage Omron sini.

Kalau dah company Jepun tau tau jela macam mana tingginya disiplin yang diorang terapkan kat pekerja-pekerja kat sini. Sebagai contoh waktu makan ada tray khas yang digunakan. Ingat tak tray aluminium macam yang kita guna kat dewan makan asrama dulu. Haha macam itulah rupanya! Bila ambik tray tu, pastu beratur tunggu pilih lauk, teringat balik zaman-zaman sekolah dulu. Macam kembali ke sekolah semula pun ada jugak. Tapi dulu senior boleh potong queue, yang ni tak boleh la ye. Habis makan pun sama macam kat asrama, bawak tray tu ke tempat basuh. Asingkan cawan, sudu, dan garfu ke tempat masing-masing, sisa makanan dibuang dalam ruang khas, then tray tu letak diatas conveyor untuk dibasuh oleh pihak café. Best tak? Tak kira la kamu engineer ke..operator ke..executive ke..semua kena buat! Tapi apa yang best sini setiap hari dapat subsidi makanan RM1.80 sehari. Kalau menu yang kita ambik harga RM3 so kita just kena bayar RM1.20 jela. Jimat la sikit.

Company ni ada uniform dia sendiri. Termasuk kasut dan anti-static suit. Semua pekerja sama tiada beza. Yang laki kaler biru yang perempuan kuning. So tak payah pening-pening nak beli baju office ke, esok nak pakai baju apa ke…semua free of charge! Haha memang untung wo!

Buat masa ni aku belum layak digelar engineer lagi kat company ni. Sekarang dalam tempoh training. Masuk class belajar benda-benda basic macam pneumatic, electro-pneumatic, plc dan sebagainya. Benda yang aku tak belajar langsung kat UIA dulu. Sekiranya aku beri performance yang bagus insyaAllah akan dioffer masuk secara permanent. Allahu musta’an! Doakanku dan rakan-rakan lain!

Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP