Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SMS Raya Popular

Monday, September 21, 2009

Biar kulit segelap ALMOND LONDON..
Asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT..

Biar iman sekental DODOL..
Jangan senipis REMPEYEK..

Biar jiwa selembut BAHULU..
Asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA..

Senyumlah semanis WAJIK..

Agar HARI RAYA disambut lebih bermakna


Sms raya popular tahun ni. Banyak gak dapat dari kawan-kawan. Hehe..tergelak baca. Semua ada kaitan dengan juadah-juadah raya. Agak kreatif jugak la sape yang reka.

Read more...

Salam Lebaran

Sunday, September 20, 2009


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Ramadhan al Mubarak pergi meninggalkan kita. Moga Ramadhan yang baru berlalu mendidik kita menjadi orang bertakwa sesuai dengan hikmah puasa itu sendiri. Berdoalah semoga kita bertemu semula dengan Ramadhan yang mendatang.


Di sini, ingin aku mengambil kesempatan dengan kedatangan Syawal menyampaikan ucapan Eid Mubarak kepada pengunjung, sahabat, rakkan blogger dan follower blog Kerajaan Hati.



Ampun dan maaf seandainya ada…


Terkasar bahasa dalam bicara


Tersilap bicara semasa bersama


Termarah tak kena tempat


Tertanya tak tentu hala


Terbuat perilaku yang tak disenangi


Terpinjam terambil harta benda


Terumpat bila ada cerita


…dan macam-macam lagi yang ada kena mengena



Mengertilah wahai saudaraku sekalian…


Kerana aku masih bernama manusia


Pastinya tak lepas membuat dosa



Semoga dimaafkan…



Salam Aidul Fitri


Taqaballahu minna wa minkum


Maaf zahir dan batin



Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd!

Besarkan Allah di hari yang mulia ini...



Muhammad Fuad b Arman


Kampung Melayu Subang


2:30 a.m.

Read more...

Ramadhan Dua Zaman

Monday, September 7, 2009

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga


Read more...

Sebelum cuti...

Minggu last sebelum cuti kena setelkan banyak benda...

Ade dua midterm pada hari yang sama...'dino rebu'
KDM dengan ICE... di saat post ni ditulis, satu benda pun tak start study lagi.

Siapkan presentation untuk seminar.
Sedihnya...baru consult dengan lecturer sekali. Buku pinjaman dari library menimbun atas meja study, tapi buka sikit-sikit je. Kitorang group paling last present...adeh, paham-pahamla. Ada sorang member tanya, "ko ambik PhD ke??"

Pergi bank muamalat...
-Bayar yuran sem ni dan sem lepas.
-Bayar saman salah parking hari tu.
-Tukar duit raya. Bilangan anak buah sama macam tahun lepas. So, bajet tak lari..haha!~

Sape tahu macam mana nak tukar jadual final exam tu?? Kita kena pergi mana??
Sebabnya...paper aku jatuh on November 4, 5, 6, and 7... Gila ke apa ni?? Peristiwa tahun lepas berulang kembali. Taknak!!!~

Scooter kena siap betulkan. Lepas satu..satu! Ade aje la motor ni. Lepas pancit, battery weak. Lepas tu susah nak start lak. Abe workshop tu sampai dah kenal dah muka scooter ni.

Buka puasa dengan 'someone'...sebelum dia balik kampung.

Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP