Sayonara UIA!
Saturday, August 6, 2011
Hampir 6 tahun lamanya aku menjadi student UIAM. Setahun setengah kat Matrik UIA (sekarang CENFOS), dan 4 tahun di kampus utama UIA Gombak. Oh pantasnya masa berlalu. Banyak suka duka, pahit manis sepanjang belajar kat sini. Dapat kenal ramai kawan-kawan. Baik course engineering sendiri mahu pun course lain. DAN yang paling penting sekali from friendship to relationship! ^^
Hari khamis lepas 4/8 hari terakhir aku bergelar student UIA. Hari itu jugalah aku selesai membuat ‘clearance’, satu term yang dipakai untuk membersihkan student daripada hutang tertunggak, denda, saman dan sebagainya sebelum dia boleh keluar dari universiti sebagai graduan. Selesai dengan clearance secara rasminya aku bergelar alumni UIAM!
Ada banyak checkpoint untuk buat clearance ni. Dan semua tu kena setelkan satu persatu. Contoh macam Legal Unit, ada saman yang tak jelaskan lagi ke tak; Library, ada buku yang tak dipulangkan ke tak. Bila semua status dah clear, last sekali pergi ke Admission & Record untuk finalize clearance yang dibuat. Kita akan dapat envelope besar berisi release letter untuk certify yang kita dah tamat pengajian. Serta dapat Academic Transcript, result untuk semua subjek sepanjang 4 tahun belajar. Bila dapat envelope tu secara tak langsung tamatlah sudah pengajian degree aku dalam Mechanical Engineering. Alhamdulillah! ^^
Next kita tunggu bulan Oktober ni pulak. My Convocation Day!!
0 comments:
Post a Comment