Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramadhan 1432H

Sunday, July 31, 2011


Alhamdulillah kita diberi peluang lagi oleh Allah swt untuk bertemu dengan bulan Ramadhan al-Mubarak. Perasaan gembira dan rindu terpancar di hati-hati orang yang beriman. Segala amal ibadah dilipatgandakan ganjarannya. Menantikan malam-malam yang khusyuk dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir mengagungkanNya.


InsyaAllah untuk 4 hari yang mendatang, aku berkesempatan untuk menjalani Ramadhan di UIA. Oleh sebab kelas 3P AutoCAD selesai rabu ni, dan nak buat clearance UIA keesokkannya. Amat berbeza sekali suasana Ramadhan di UIA dengan di tempat lain, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadhan. Kenangan semasa belajar dahulu sukar untuk dilupa.


Ahlan ya Ramadhan… Indahnya Ramadhan bila saatnya dinanti… siangnya dirindui… malamnya didekati… hari-harinya disemai benih amal, iman dan istighfar kepada Ilahi... Semoga watak insan di bulan Ramadhan perlu dikekalkan pada bulan-bulan mendatang, bukan sekadar hanya utk sebulan Ramadhan...


Selamat meraikan Ramadhan dengan amal yang tulus, hati yang ikhlas, dan jiwa yang mulus.


Ramadhan akan datang dan akan terus datang, tetapi kita sebagai manusia belum tentu akan terus berkesempatan dengan Ramadhan demi Ramadhan. Maka jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan terakhir. Jika hari-hari mendatang itu masih kita milikinya, hanya Allah SWT Yang Maha Berkuasa...


Ya Allah..permudahkan urusan ibadat kami pada bulan berkat ini.

Read more...

3P - So It Begins!

Sunday, July 24, 2011

Kelas 3P sudah pun bermula minggu lepas. Kelas yang melayakkan aku menggapai Professional Certificate. Woot woot! Selesai mendaftar agak terkejut dibuatnya sebab 2 hari pertama program ni ada SoftSkill! Satu perkataan yang geli-geli telinga bila dengar, hati tiba-tiba jadi gundah gulana. Ingatkan belajar AutoCAD hundred percent!

Apa itu skil lembut sebenarnya? Skil lembut ni skill yang patut ada dalam diri tiap-tiap lepasan universiti atau fresh grad. Belajar dengan bekerja dua benda yang sangat-sangat berbeza. Kita memang pandai, rajin, selalu skor dalam exam, tapi…adakah kita mampu untuk memasuki bidang pekerjaan yang jauh lagi mencabar dari dunia pelajaran? Tentulah tidak kan. Jadi softskill tersangat-sangatlah bergunanya dalam menempuh hari-hari sebagai pekerja. Sebagai contoh belajar macam mana nak building confidence, personality profiling, leadership semua tu, professional image, communication skills, and so on. Dan yang paling penting untuk graduan segar adalah macam mana nak handling job interview.

Dua hari pertama memang membosankan, tapi berguna bagi aku. Membiasakan diri dengan benda-benda ni sebelum bekerja. Lebih-lebih lagi bila buat mock interview. Kita duduk tengah-tengah, 7 ke 8 orang dari kumpulan kita akan tanya frequently asked interview questions macam “tell me something about yourself”, “why you want to work here”, “what is your weakness” dan sebagainya. Memang aku perlu mantapkan lagi skill dalam hal ni. Memang tak bersedia sebab tak diberitahu awal-awal.

Hari ketiga mula belajar AutoCAD, skill yang aku idam-idamkan dari dulu. Nak harap UIA ada course ni jangan mimpilah. Kita kena belajar sendiri, jangan nak makan suap je…haha! Dan AutoCAD has impressed me very-very much! Kerja-kerja designing jadi semudah alif ba ta! Ada banyak lagi yang kena explore AutoCAD ni. Tak kenal maka tak cinta, but now I’m starting to love AutoCAD!

Untung join 3P ni, textbook AutoCAD 2011 setebal 2 inci tu free of charge je dia bagi, padahal harga dia US$50. Oh bukan buku je yang percuma, yuran pun tak perlu bayar. Lulus exam nanti dapat professional certificate, pastu dapat beg pulak as a token of appreciation. Alhamdulillah! Kelas AutoCAD sampai 1/8 ni (first day of Ramadhan T_T), 2/8 exam prep, dan 3/8 final exam! Please do pray for me..amin :)

Rujuk sini untuk posting 3P sebelum ni.



Read more...

Mutiara itu menemui Penciptanya

Monday, July 18, 2011


Inna lillah wa inna ilaihi roji'un...
Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam setelah bertarung nyawa dengan kanser paru-paru. Beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Allahyarhamah antara Ahli Parlimen yang mesra rakyat menerusi Facebook dan Twitternya. Beliau seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat dan sentiasa istiqamah berjuang untuk Islam sehingga ke akhir hayat. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Amin.

Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha...

Facebook - YB Dr Lo' Lo' Bt Mohd Ghazali
Twitter - @DocMarjan

Nota: Tiada Pilihanraya Kecil akan diadakan berikutan penggal Parlimen telah melepasi 3 tahun.

Read more...

Dusun Durian

Siapa-siapa yang ada dusun buah-buahan mesti best kan? Bila musim sampai datang dusun kutip hasil buah-buahan. Kalau ada pangkin boleh makan terus kat dusun tu, memang suasana yang menyeronokkan. Lagi-lagi hasil buah-buahan tu melimpah ruah, berbakul-bakul. Sampai tak larat nak habiskan. Ada yang rajin pergi jual, buka gerai tepi jalan. Ada yang bagi saudara mara, jiran, kawan-kawan. Ada yang tak tahu nak buat apa, buah-buah terbiar sampai jadi busuk.

Nak cerita kat sini, semua ni aku merasa sendiri Sabtu lepas. Dan memang pengalaman pertama aku ke dusun kutip buah-buah durian yang gugur. Maklumlah keluargaku tiada dusun buah-buahan. Dusun yang aku pergi ni milik kawan abang aku, betul-betul belakang rumah dia. Sampai-sampai dusun memang banyak durian bergelimpangan kat atas tanah, terbiar begitu saja. Memang diorang dah jemu dengan durian agaknya sampai buat tak endah je. Dengan baik hatinya dia mengajak kawan-kawan sama-sama kutip sama-sama menikmati. Daripada dibiarkan busuk.

Untung tanam pokok buah ni. Hasilnya sampai ke anak cucu dapat merasa. Ini yang dinamakan berbakti kepada tanah. Memang sekarang musim durian. Sepanjang jalan kat Muar tu berderet orang jual durian. Tapi of course la jauh lebih murah! Jangan terkejut ada yang sebiji 50 sen!





Read more...

Wordless Wednesday #3

Wednesday, July 13, 2011

Read more...

Gambar BERSIH 2.0

Gambar sekitar BERSIH 2.0 yang diambil berhampiran Pasar Seni, Stesen LRT, Masjid Jamek, dan sepanjang Jalan Tun Perak. Klik gambar untuk tumbesaran.














Read more...

Pengalaman BERSIH 2.0

Tuesday, July 12, 2011


Tanggal 9 Julai 2011 pasti menjadi tarikh yang akan diingati bagi rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Bukan sahaja rakyat, malah tarikh tu juga pasti menjadi igauan buruk buat Najib Razak dan BN. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) diadakan sekali lagi untuk memastikan kerajaan melakukan reformasi terhadap sistem pilihanraya negara yang dilihat berat sebelah.



Aku sebagai anak muda tidak melepaskan peluang yang ada untuk menyertai perhimpunan Bersih ini untuk memberikan sokongan sebagai tanda ketidakpuashatian aku yang sekian lama sudah jemu dengan lakonan sandiwara kerajaan. Bersama menuntut ke arah pilihanraya yang adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak.



Tinggal di Lembah Klang, baru tamat belajar, dan belum lagi bekerja, merasakan diri aku wajib untuk datang. Malam sebelum hari kejadian aku bertolak ke Gombak untuk menaiki public transport keesokan harinya. Jalan sesak teruk malam tu. Di Sungai Buloh, roadblock di SSF berhampiran Kepong, tapi dari Kota Damansara dah jammed! Damn! Tu belum tengok kat Highway Gombak, memang menyusahkan! Jalan 3 lane jadi satu! Tak faham kenapa perlu buat roadblock?! Goblok!


So keesokan harinya dalam pukul 10.30 pagi bersama Saif dan Adib menaiki kereta heading to LRT Gombak, jalan keluar highway Gombak jam lagi dengan roadblock. Banyak kereta yang lepas, tapi kitorang tak bernasib baik, kena tahan! Oh man! Mungkin polis tengok orang muda, semua lelaki menimbulkan curiga. Cuak gak sebab perjuangan berhenti di permulaan..haha! Bila tahan kena buka boot, cek beg masing-masing. Tapi awal-awal lagi aku dah sorok baju kuning (tapi at last tak pakai pun) dan tuala kecil dalam jaket. Polis memang tak perasan. Then diorang tanya nak ke mana? Dengan slumber Adib selaku driver mengatakan ingin ke kenduri kawan di Putrajaya. Siap tanya jalan nak ke sana. Alhamdulillah kami lepas dan polis tak syak apa-apa.


Nak pendekkan cerita, ketika sampai sahaja di stesen Masjid Jamek dalam pukul 11.30am, ramai polis dah berkawal kat situ. Nak elakkan daripada kena suspect, kami bertiga berpecah dan buat-buat macam tak tahu apa yang berlaku, muka tu yang penting! Jangan usha pakcik-pakcik, abang-abang polis tu! Muka kena serius! Haha! Risaulah juga sebab aku bawak beg galas, memang dah jadi top priority bagi polis untuk menahan individu-individu yang bawa beg, berjalan berkumpulan, muda-mudi, dan of course la siapa-siapa yang pakai baju kuning. Tak ada erti kalau kena tangkap, nak jamin kat balai lagi satu hal! Tapi Alhamdulillah kami berjaya melepasi kumpulan-kumpulan polis tersebut. Bila dah naik escalator nak keluar dari stesen Masjid Jamek tu, lagilah ramai polis kat atas tu. Dalam hati, Aku ni kat Masjid Jamek ke Pulapol? Time tu aku tengok diorang dah macam get ready nak tutup stesen tu. Tak lama kitorang keluar stesen tu memang tutup terus!



Kitorang turun kat Masjid Jamek sebab aku dapat info yang peserta himpunan akan solat zuhur jemaah dan solat hajat, kemudian bersama-sama bergerak ke Stadium Merdeka. Tapi yang sedihnya Pintu Masjid tu dah kena block dengan polis awal-awal lagi. Memang tak boleh nak masuk! Lori-lori dah parking kat Jalan Tun Perak tu. FRU dengan perisai masing-masing dah bersedia. Polis dengan uniform biru berkawal di tepi jalan, menghalau orang ramai supaya tak berkumpul. “Bersurai!” “Tengok-tengok apa?! Baliklah!” Dalam menghalau orang ramai tu, kitorang tak tau nak stay kat mana. Nak pergi tempat tumpuan lain macam Pasar Seni, KLCC, stesen dah tutup. So kitorang masuk McD untuk lunch sementara tunggu waktu zuhur masuk, kot-kot masjid akan buka nanti. Kalau tak nak kena kacau dengan polis jadilah wartawan.Relax je berlegar sini sana. Senang je jadi wartawan, gantung DSLR, pakai tag PRESS, jacket ke...jadilah wartawan!


Dalam McD tu tak ramai sangat. Beratur tak panjang. Tapi bila turun je tingkat bawah untuk makan, punyalah ramai orang. Macam dah jadi bunker untuk berlindung dari kena serang. Dengan sukarelawan, wartawan, pelancong semua ada. Habis makan bila nak keluar McD, FRU betul-betul dah ada kat depan McD tu. Pintu McD pun dah dikunci. Customer semua tengok luar, tangkap gambar, ambil video. Orang yang berhimpun kat luar semakin ramai. Then kitorang request kat McD tu nak keluar. Dengan slumber jalan sebelah FRU tak tahu nak menuju ke mana. Masjid Jamek memang takde harapan untuk dibuka. Azan Zuhur pun tak kedengaran. Kitorang ambil keputusan jalan kaki ke Pasar Seni cari tempat untuk solat. Pasar seni memang tutup. Kat situ ada bahagian yang berjubin, selesa dan bersih sikit untuk solat. Guna air botol untuk berwuduk. Kitorang dengan orang ramai saling berkongsi air dalam botol untuk berwuduk, passing antara satu sama lain.



Habis solat gerimis turun. Tengok Dataran Merdeka yang tak jauh dari situ deretan lori FRU dah tunggu. Tapi takde orang berhimpun. Jalan memang kosong. Kedai tutup. Kenderaan memang tak boleh nak masuk. Kuala Lumpur bagai Bandar yang ditinggalkan. Tak tahu nak ke mana, kitorang ambil keputusan pergi Petaling Street sebab dapat info dari abang aku situ jadi tempat tumpuan, dengan ramai pimpinan Bersih kat situ. Sampai situ memang orang ramai. Dalam menuju ke pintu masuk Petaling Street tu, terdengar bunyi letupan tear gas yang ditembak FRU. Asap tear gas dah mula nampak. Baru kitorang nak menuju ke situ, orang semua melarikan diri ke arah kami pulak. Kat situlah first time aku dapat rasa nikmatnya gas pemedih mata tu. Walaupun dalam jarak 100 meter dan indirectly kena, tapi hidung dah rasa pedih! Mata berair! Memang susah nak bernafas! Cepat-cepat tutup hidung dengan tuala basah, minum air banyak-banyak. Ini baru sikit, bagaimana agaknya kalau kena tembak betul-betul depan mata. Oh tak boleh bayang macam mana sakitnya.



Hujan makin turun dengan lebat. Rasa lega sikit sebab asap pemedih mata mula hilang. Memang hujan membawa rahmat! Kitorang bawa diri ke Jalan Tun Perak balik. Keadaan makin havoc. Trak-trak bawa Special Branch pakai vast kuning polis turun ramai-ramai. Dengan pegawai-pegawai polis uniform biru memang tersangatlah ramainya! Diorang semua berkumpul kat bawah laluan LRT nak memulakan operasi. Aku, Saif dengan Adib berteduh tepi kedai, memerhatikan gelagat-gelagat polis. Boleh kata semua polis yang berkumpul bawah LRT tu ada dalam 50-60 orang tiba-tiba menjerit, kejar orang yang mula berarak. Ibarat seperti anjing kejar kucing! Apa ni?! Ganas sangat ke orang yang berarak tu? Lepas dapat mangsa, bawa ke tempat berkumpul tadi dengan tangan diikat dengan gari plastik. Banyak mangsa pakcik-pakcik tua, perempuan-perempuan yang kurang berdaya untuk melarikan diri. Bila ada lagi orang yang berarak semula, macam tadi, polis kejar ramai-ramai memburu mangsa. Ada polis-polis yang malas nak lari tu, saiko orang-orang yang berkumpul tepi-tepi kedai termasuk kitorang. Tapi buat don’t know je, jangan layan!


Orang-orang tak bersalah yang ditangkap tadi dikumpulkan, duduk macam pelarian. Nampak juga banyak peguam yang menjalankan tugas deal dengan polis untuk membebaskan tahanan tu semua. Tapi polis peduli apa. Arahan orang atasan je yang diorang fikir. Last sekali semua naik ke trak-trak polis dibawa ke balai. Yang masuk paper diorang dijamu makan tu tak tahulah sahih ke tak. Ada polis yang tak ada kerja ni main tahan orang yang pakai beg. Ada orang betul-betul depan aku kena tahan, polis tanya “ko yang pakai beg tu! Ke sini jap!” (awal-awal ingat dia panggil aku) “nak ke mana ni?!” “bawak apa ni?!” (sambil polis geledah beg). Aku cepat-cepat blah! Sekali lagi terselamat.


Tak lama pastu hujan mula berhenti. Polis-polis sepanjang jalan kat Tun Perak, depan Masjid Jamek tu semua bergerak meninggalkan tempat tu. Mungkin diorang fikir orang dah berkurang untuk berhimpun. Tapi tak lama lepas tu terdengar jeritan “Berkumpul!” “Takbir!” “Reformasi!” tak jauh dari Jalan Tun Perak tu (tak sure jalan apa). Dengan tak semena-mena orang yang berarak semakin lama semakin ramai, tak tahu dari mana datangnya orang yang ramai macam tu. So kitorang apa lagi, terus join dalam ramai-ramai tu! Dengan penuh semangatnya ikut serta melaungkan Allahu Akbar! Hidup..Hidup.. Hidup Bersih! Jatuh..Jatuh.. Jatuh BN! Memang satu suasana yang amat-amat mengharukan.



Kumpulan-kumpulan Bersih ni pada asalnya bermula dari tempat-tempat strategik. Macam Masjid Jamek, Puduraya, Maybank dan KLCC. Dan diketuai field commander masing-masing. Dalam berarak tu nanti akan jumpa group dari Puduraya dan sebagainya di junction-junction yang ada. Rasa terharu bila bertemu group-group yang lain. Bertambah semakin ramai dan ramai menuju ke Stadium Merdeka. Sambil ditemani helikopter polis yang terbang agak rendah untuk menyejukkan orang ramai.



Boleh kata kitorang di barisan yang agak hadapan masa tu dibelakang ketua pasa masa tu, Saudara Mazlan Aliman, AJK Pas Pusat. Sampai saja ke jalan masuk ke stadium, kami disambut sorakan dari orang ramai kat situ. Kami berhenti betul-betul depan FRU yang sudah berkawal di jalan masuk stadium. Dengan lori water cannon dan dawai duri. Memang tak ada harapan nak masuk stadium walaupun asalnya Najib bersetuju untuk dibuat di stadium. Pimpinan Bersih yang tingggal pada masa itu amat sedikit. Semua awal-awal lagi dah ditahan dan tak berpeluang langsung nak berdemonstrasi macam Tok Guru Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Ambiga dan sebaginya. Tapi tu tak mematahkan semangat rakyat untuk menyuarakan kegeraman yang dipendam sekian lama.


Selepas mendengar sedikit kata-kata semangat dari pimpinan yang ada seperti Ustaz Abu Bakar Chik, dan ketua-ketua NGO, perhimpunan Bersih mengikut arahan untuk bersurai seperti yang dijanjikan dari pukul 2 hingga 4 petang. Orang-orang mula beredar dengan aman, tapi polis dengan angkuhnya menghalau peserta-peserta Bersih dari tempat tu dengan menggertak untuk menangkap. Macam mana dengan memorandum? Sampaikah ke tangan Agong? Aku difahamkan lepas tertahannya Ambiga, tanggungjawab itu beralih ke Pak Samad. Pak Samad dengan kudratnya yang lemah tapi bersemangat sudah sampai ke Istana Negara, tapi macam biasa, Polis Raja Di Malaysia tidak membenarkan Pak Samad berbuat demikian.



Syabas dan tahniah kepada Bersih 2.0, pimpinan-pimpinan yang berjaya menganjurkan perhimpunan ini. Rakyat memang dahagakan perubahan dan keadilan. Biar perhimpunan ini membuka mata dunia melihat sendiri kepincangan pentadbiran Najib Razak, dengan keganasan polis, penyekatan media, ketidakadilan dalam pilihanraya dan sebagainya. Dan aku bertuah berpeluang mengikuti perhimpunan aman ni. Rasa payahnya dalam menegakkan keadilan. Beruntunglah aku bukan dalam golongan yang hanya duduk bersenang lenang. Bila tengok gambar-gambar rakyat bersatu padu, dengan orang india tolong angkat orang melayu yang membaca doa, orang cina menyediakan tempat untuk solat, menunjukkan rakyat Malaysia menolak sepenuhnya politik perkauman yang diamalkan UMNO dan BN! Tunjukkan Checkmate untuk BN dalam pilihanraya umum akan datang!



Ayuh! Kita mampu mengubahnya!!

Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP