Mati itu pasti!
Tuesday, June 15, 2010
Orang yang berilmu seperti Tok Guru Nik Aziz bukan sekadar menangis sedih kerana kehilangan kawan baik seperti Ust. Hasan Shukri, tapi beliau juga sedih kerana mengingati akan nasib diri. Kita juga harus seperti beliau, bila-bila masa Allah akan panggil, tidak semesti yang tua pergi dahulu. Kita harus berkira-kira tentang amal kita. Cukupkah ianya utk dijadikan modal bertemu Allah. Jika Ulama' pewaris nabi pun risau, kita yang insan biasa patut lebih risau lagi.
Ramai orang yg takut mati. Hakikatnya mereka bukan takut pada kematian itu, tapi sedar akan amalan yang belum cukup. Kita semua takut akan apa yang akan berlaku di alam Barzakh, dan seterusnya. Kita selalu fikir kita banyak beramal, tapi kita tidak mampu berikan jawapan samaada amalan kita itu diterima atau tidak oleh Allah...
Marilah kita berazam untuk terus beramal, hinggalah Allah memanggil kita.
Menangislah wahai diri...dunia ini perlukan air mata kita untuk membasuh segala kekotoran yang melekat sepanjang liku-liku perjalanan hidup kita...
Biarlah air mata itu tumpah kerana Allah, semoga ia menjadi modal buat kita menyimbah api neraka yang cuba mendekati kita. Menangislah, semoga Allah memandang kita dengan penuh belas kasihan dan menerima amalan kita.
Wallahua'lam...
Salam takziah kepada seluruh anggota keluarga, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirurundung kesedihan di atas pemergian Almarhum Ustaz Hassan Shukri ke Rahmatullah pada petang Isnin 14 Jun 2010. Al-Fatihah.
Cerita mengenai beliau di sini.
p/s: Gambar-gambar diambil dari TopengPerak
0 comments:
Post a Comment