Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cuti-cuti Indonesia - Sambungan

Saturday, November 28, 2009

Rabu malam lepas aku dan family pulang ke Malaysia tercinta. Alhamdulillah, pergi dan pulang dengan selamat tanpa berlaku apa-apa yang tak diingini. Yelah, siapa tak risau. Sejak kebelakangan ni kan ada bencana, terrorist, dan kumpulan yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang nak mengusir orang Malaysia. Na’uzubillah!


Kalau boleh sebenarnya nak update sepanjang berada di sana, tapi tak ada perkhidmatan internet di lobby hotel kat Bandung dan Jakarta. WiFi pulak tak free, kena beli prepaid kad. Tak macam kat Malaysia WiFi dah merata kat semua tempat, free pulak tu.


Nak sambung hari kedua di Indonesia, kami sekeluarga bergerak ke Kota Bandung. 3 jam lebih dari Cianjur, Puncak. Plan asal nak ke Tangkuban Perahu, tapi ditakuti terlalu macek (ramai, padat, jam) di situ sebab hari Ahad. So kami dibawa terus ke factory outlets macam Rumah Mode, Heritage, Summit dan macam-macam lagi. Kat sinilah tempat menjual pakaian-pakaian branded. Kebanyakan lebihan pengeluaran untuk diexport. Kalau sehari memang tak cukup, memang rambang mata tengok. Duit bawak pun sikit je…isk3!~ Lepas isyak dan dinner, kami check in hotel. Sebelum tidur ada explore channel tv yang ada kat Indon ni. Alangkah banyaknya. Dalam dan luar negara. Semua boleh dapat. Free pulak tu. Ada channel korea dan japan, Arashi tengah perform. Kalaulah channel ni ada kat Malaysia mesti ramai peminat-peminat fanatik melekat depan tv je. Kat Indon ni kita just kena beli parabola dan letak kat bumbung rumah. Tak macam Malaysia, ada Astro. Pure monopoly betul. Mana tak untung maple sorang tu.


Hari ketiga seperti dijanji ke Tangkuban Perahu, gunung berapi yang masih aktif. Namanya macam ni sebab bentuk gunung ni macam perahu yang terlangkup. Kawasan kat sini tak kurang sejuknya macam kat Puncak, lagi-lagi lepas hujan. Udara yang nyaman bercampur bau belerang (sebab kat gunung berapi). Satu lagi pelancong kena hati-hati dengan pedagang-pedagang kat sini. Diorang sentiasa ikut je ke mana kita pergi dan tak jemu-jemu memujuk untuk membeli barang-barang jualan diorang. Kita keseorangan kena berhadapan dengan 5 ke 6 orang pedagang. Tapi yang bestnya boleh tawar sehingga 50-60%. Kat sini juga ada jual strawberry, raspberry dengan blueberry yang manis-manis belaka, Cameron Highland tak boleh lawan kemanisannya. Selesai di Tangkuban Perahu, singgah sebentar ke Sari Ater, kolam air panas berhampiran gunung berapi tu. Bukan untuk mandi, tapi untuk celup kaki merasai kehangatan air tu. Suhu sekitar 40-50 C memang menyegarkan kaki, tapi tak melepuh, cuma merah-merah jela. Kemudian, kami langsung (terus) ke Pasar Baru. Sini lebih kepada pakaian tradisional, baju batik, telekung, kain ela, kerepek dan sebagainya. Macam kat Padang Besar, Pasar Siti Khadijah, Pekan Rabu kat Malaysia. Kaum-kaum ibu, kakak memang gemarlah tempat-tempat sebegini. Lepas dinner pergi Toko Tiga, tempat jual pakaian khusus untuk laki. Jeans, t-shirt polo, jaket...sume ada. Original dan murah!





































Tentatif hari keempat, kami sekeluarga kembali semula ke Jakarta menuju Ancol, semacam Disneyland. Luasnya berhektar-hektar. Ada under waterworld, 4D theater, water park dan pelbagai lagi. Tapi hanya sempat ke theme park atau dipanggil Dunia Fantasi (Dufan) sahaja hari tu. Masuk sahaja tempat ni hujan turun dengan lebat. Kenalah berteduh sejam camtu kat restoran. Keadaan kat sini sangat-sangat padat. Ingatkan masuk hari selasa kuranglah sikit orang, tapi tak. Bayangkan weekday kat sini macam weekend kat Malaysia. Terlalu ramai! Semua mainan yang ada mesti kena beratur panjang. Ni membuktikan penduduk Indonesia ramai sangat. Di Jakarta sahaja ada 12 juta, separuh rakyat Malaysia! Nak taknak terpaksa jugalah beratur. Dapatlah main 4-5 permainan. Dah penat bermain, dinner kat restoran seafood berdekatan. Suasana tepi laut memang menenangkan. Jakarta kat tepi laut rupanya, baru tau…huhu!












Hari rabu hari terakhir di Indonesia. Sebelum ke airport, sekali lagi melontar (shopping) untuk kali terakhir di Mangga 2. Kat sini macam kat Sungei Wang Plaza, jual pakaian, beg, dan seumpamanya. Tapi tak banyak sangat pilihan macam kat Pasar Baru. Tempatnya pun besar dan luas. Memang tak sempat nak explore semua kedai. Pukul 12pm dah kena berangkat ke airport. Ada kedai jual cd cerita. Try cari Ketika Cinta Bertasbih 2, tapi tak keluar lagi.



Setibanya di Kuala Lumpur (Sepang sebenarnya), kita dapat lihat perbedaan ketara antara dua negara ni. Dah tentu Malaysia lagi maju. Bab-bab fasilitas, infrastruktur, bangunan, service dan seumpamanya Malaysia memang superb dan world class!! Kat Malaysia tak ada rumah-rumah setinggan, tak ada penjual-penjual tepi jalan yang paksa kita beli, bersih dari sampah sarap dan dijaga rapi. Proud to be Malaysian senang cerita. Cuma tak suka certain pemimpin Malaysia sahaja. Dalam perjalanan pulang mak bersuara, “Asyik pergi Indon je, dah jemulah!”

4 comments:

syaz November 28, 2009 at 2:04 AM  

salam alayk...
fuad blk rabu ya...xpa2, lain kali leh la dtg jln2 umah syaz... leh bw g anyer, g karang bolong... umah syaz kat cilegon, banten... lbh krg 100km fr jakarta... enjoy shopping x? tp fud sure makanan kita ttp no 1 di hati kan.. hhehe... slmt hr ry aidiladha!

Fuad Arman December 2, 2009 at 11:17 PM  

shopg sakan! tp x thn la jakarta ni...jammed x henti2...hehe
msia tetap d hatikuuu~

ni nk apply status pnduduk tetap kt indon ke? haha

Anonymous December 28, 2009 at 11:59 PM  

cuba dtglah main ke Yogyakarta, Bali, Lombok, Padang (Pulau Sikuai beautiful place), bisa search-search lah tempat untuk berlibur. Disitu banyak tempat berlibur dan banyak turis asing (luar negeri) yang sering berlibur..
Kalo ke jakarta, jangan cuma liburan ke bandung atau bogor (puncak) aja.. Coba datang ke taman buah mekar sari, taman safari, ancol, Pulau Seribu (Dekat dari Jakarta, disini terdapat beribu-ribu pulau yang sering dikunjungi oleh orang2 jakarta untuk liburan karena dekat sekali ---> saya usulkan cobalah Pulau Bidadari...)... Coba searchlah masih banyak tempat bagus dan makanan tradisional setiap tempat untuk dicoba dijamin "MANTAP")

Anonymous December 29, 2009 at 12:00 AM  

Pulau Sibaranun best sangat

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP