Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Raya bersama kawan

Thursday, October 15, 2009

Tarikh: 4 Oktober 2009


Tempat: Wangsa Melawati, Bandar Baru Bangi, Kampung Melayu Subang, dan Saujana Utama Sg Buloh.



Jalan-jalan raya tahun ni dimulakan dari rumah Fatah di Wangsa Melawati. Dengan hidangan yang sangat melazatkan seperti nasi minyak, salad, cocktail dan kuih tayamum pasti meliurkan siapa yang melihatnya, lebih-lebih lagi lunch hour. Tapi yang menyedihkan, tuan rumah tidak dapat mengikuti rombongan raya selanjutnya. Sebab…gastrik.



Rumah Fatah

Pantang ada masa sikit..TIDUR!


Sejam lebih lepas tu bertolak pula ke Bangi. Siapa lagi kalau bukan rumah 3 orang jejaka kacak ni, Adib, Hasan dan Poji. Tapi tak kesampaian ke rumah Poji sebab yang tidak dapat dielakkan. Lepas ni aku jamin dah boleh ingat jalan ke Bangi selepas ini tahun ketiga beraya ke sana. Lupa jugak tak tahu nak cakap pe.



Rumah Hasan

Rumah Adib

Lepas Bangi, gerak ke Subang, rumahku. Terus terang tak tahu sangat jalan ke Subang kalau dari Bangi. Tapi, thanx to my Garmin GPS installed on my Nokia 5800 (n_n)v.. jalan raya kat Malaysia ni semua dah tahu dah. Yippee!!~ Kat rumah ni makan biasa-biasa je. Open house buat minggu depannya.




Last sekali beraya ke rumah Saif di Saujana Utama, Sg Buloh. Plan asal patutnya tak jadi, tapi mungkin sebab aku terlalu memaksa Saif untuk jemput jugak kitorang. Haha! Sorry Bro.. Sampai pun dah nak dekat maghrib, pastu tunggu Poji yang tak sampai-sampai sebab lalu jalan jauh. Perut masing-masing dah full tank kat sini. Ada kek coklat satu tupperware habis…sedap.



Rumah Saif

Dengan perut yang penuh dengan mata yang semakin berat, dalam pukul 8pm bertolak pulang ke UIA. Jelas terpancar di muka setiap orang wajah kepuasan kerana dapat pergi berjalan-jalan beraya. Setahun sekali je. Kalau ada lagi banyak rumah mesti lagi meriah, especially siapa-siapa yang duduk area SELANGOR & KL! Rasa-rasa macam ramai je… Cuma tak dijemput je.



0 comments:

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP