Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kisah sekawan selipar

Saturday, March 14, 2009


Boleh kata setiap malam selipar banyak macam ni mengadakan meeting kat F2-8. Hubungan Asadi, Dr Cardin, Tat Sing, Korakoh, Weinbrenner dan lain-lain (tak tau nama diorang) boleh dikatakan rapat jugaklah sebab diorang dapat berkumpul dan bermesra antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi kalau hari jumaat malam diorang ni memang tak ingat nak balik, alamat sampai 2,3 pagi diorang 'qiamullail'.

Dr Cardin sebagai tuan rumah memang menerima tetamu-tetamu ni dengan tangan terbuka. Tapi dia sedar ia sedikit sebanyak boleh membantutkan usahanya untuk study dan membuat research untuk melayakkan dia mendapat gelaran 'Prof'. So sejak dua menjak ni, banyaklah kerja-kerjanya yang tertangguh. Tidur lewat malam dan overslept lepas subuh dah jadi kebiasaan dia.

Nak dipendekkan cerita, test result yang keluar baru2 ni amat mendukacitakan Dr Cardin. Hasrat untuk mengekalkan pointer kelihatan samar dan agak mustahil kalau dia tak melakukan perubahan dan kekal dengan cara hidupnya sekarang. Sama juga kepada kawan-kawannya yang lain. Dia teingat kata-kata seorang pujangga, tiada sorang guru kat dunia ni yang gagalkan muridnya, melainkan murid tu yang 'failed'kan dirinya sendiri.

So marilah kita sama-sama doakan Dr Cardin dan kawan-kawannya dapat meneruskan pengajian ke next level tanpa ada sangkut-sangkut and lived happily ever after.

Sekadar tambahan : Ni antara result terbaik aku dalam banyak2 perlawanan Fifa09 yang sempat dirakam. Click kalau nak tengok enlarged pic.

2 comments:

aimi_mazlan March 16, 2009 at 12:25 PM  

begitu mendalam skali citer ko tuh.. pd yg berkenaan, x phm2 lg ker? haha

Munsyi March 21, 2009 at 10:41 PM  

ala..ade org backup lak..ish2

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP