Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Merindukan Allah SWT

Saturday, August 28, 2010

Cinta adalah perpautan jiwa seseorang terhadap sesuatu yang dipandang dapat melazatkan atau membahagiakan. Jika perpautan itu lebih kuat lagi, maka dinamakan ‘rindu’. Sehingga relalah seseorang jadi hamba kepada kekasihnya. Mahu mengorbankan segala apa yang dimilikinya demi kekasihnya. Masihkah ingat kisah Zulaikha ketika cintanya kepada Yusuf A.S. teramat sangat sehingga sampai ke puncak kerinduan? Dia rela mengorbankan segala harta dan kecantikannya. Dia memiliki emas permata kalung dan leontin tujuh puluh unta. Namun semua itu dia korbankan demi cintanya kepada Yusuf A.S.


Diceritakan bahawa ketika Zulaikha telah beriman dan telah menjadi isteri Yusuf, dia malah suka menjauhi Yusuf. Dia lebih suka menyepi untuk beribadah serta memutuskan dirinya untuk beribadah. Ketika Yusuf memanggilnya ke bilik di siang hari, maka dia menolaknya sampai datang malam. Namun ketika Yusuf memanggilnya di malam hari, maka dia menundanya sampai siang hari. Dan dia berkata, “Wahai Yusuf, dahulu aku menyintaimu sebelum mengenali Dia. Maka kini setelah aku mengenali-Nya, maka tiada lagi cinta untuk selain-Nya. Dan aku tidak perlu penggantinya.”


Sehingga Yusuf berkata kepadanya, “Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku untuk demikian dan Dia mengkhabarkan bahawa Dia hendak mengeluarkan dua orang putera dari rahimmu yang keduanya akan Dia jadikan nabi.” Kemudian Zulaikha berkata, “Jika Allah memerintahkanmu demikian dan menjadikan aku sebagai ‘jalan’ untuk itu, maka aku mentaati perintah Allah.”




Barangsiapa yang mengakui tiga hal, namun tidak bersih dari tiga hal, bererti dia tertipu. Pertama, mengakui akan manisnya zikir, sedangkan dia masih cintakan dunia. Kedua, mengakui ikhlas beramal, tetapi suka perghormatan manusia kepadanya. Ketiga, dia mengakui cinta kepada Khaliqnya, tetapi masih memperturut nafsunya.



Rasulullah S.A.W. bersabda,


“Akan datang atas umatku di mana ia menyukai lima hal dan melupakan lima hal. Mereka suka kepada dunia dan melupakan Akhirat. Mereka suka pada harta sehingga melupakan Hari Hisab. Mereka cintakan makhluk sehingga melupkan Khaliqnya. Mereka suka berdoa, tapi lupa Bertaubat. Dan mereka suka rumah tetapi lupa pada Kubur.”


Allahumma Ya Allah, berilah kami rezeki taubat sebelum mati. Ingatkan kami ketika lupa. Berilah kami keuntungan akan syafaat Nabi S.A.W. Amin…



Dipetik dari kitab MUKASHAFAH AL QULUB (Penenang Jiwa) karangan Imam Al-Ghazali Rahimahullah




Read more...

Banner bodoh

Sunday, August 22, 2010

Aidil Fitri al Mubarak?? Bahasa Sabah memang camni ke?

Wasahlan dieja Wasahlam...
Ramadhan dieja Ramadahan..

Sambutan dieja Sabutan..
Ramadhan dieja Ramadzan..
Al Mubarak dieja Al Murabak (nasib baik bukan Murtabak)..

Mungkin juga bagi menjimatkan kos atau bagi menyapu untung yang lebih banyak mereka telah membayar seorang Bangla untuk menyiapkan Banner untuk mereka.. disebabkan ketika sedang berkerja si Bangla itu terfikir untuk berbuka dengan Murtabak jadi Mubarak pun bertukar menjadi Murabak..

Hangpa pandai buat lawak la..

Kalau sekali salah takpe lagi. Kalau tak sewel bukan Umno namanya (opps! terlepas). Tolonglah ini banner, untuk tontonan umum. Mana mungkin kita buat sambil lewa aje. Kalau tak tau nak eja sangat, rajin-rajinkanlah diri buka kamus dewan tu. Tak pun rujuk dulu kat Ulama' muda yang baru join tu. Expert dalam bahasa Arab.

Sumber gambar: Topeng Perak

Read more...

Tarawih di UIA

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan tiba lagi. Ahlan wa sahlan diucapkan. Bulan seribu bulan dan turunnya Quran. Sebagai seorang muslim sudah tentunya bulan yang amat dinanti-nantikan, bulan yang dilipatgandakan segala pahala amalan kita. Dan bila difikirkan balik Ramadhan tahun ini yang terakhir di UIA, Taman Ilmu dan Budi yang tercinta. Ramadhan sebagai seorang student, bersama kawan-kawan. Yang mana aku takut prestasi Ramadhanku tahun-tahun depan semakin turun dan turun. A’uzubillah!



Suka aku nak berkongsi mengenai solat tarawih di UIA ni. Seolah-olah ada sesuatu yang menggamit untuk bertarawih di Masjid UIA ni. Satu malam buat 20 rakaat, complete 1 juzuk. Lama memang lama, tapi entah kenapa tak ada rasa beban langsung! Aku pun sebenarnya jarang buat 20 rakaat, selalu buat 8 je. Ni bukan nak debat soal 8 ke 20. Siapa nak buat 8 buat 8, siapa nak buat 20 buat 20. Tiada paksaan dalam berbuat demikian.


Ada juga student UIA yang rajin keluar UIA bertarawih di Masjid Zakaria. Mungkin diorang rasa tak mampu berdiri lama time solat dan dalam kepala sibuk “bila la nak habis tarawih ni?!”. Aku pernah la sekali dua solat sana, tapi bila fikir perjalanan pergi balik tak banyak beza pun waktu selesainya. Ada juga kawan yang solat kat musolla-musolla mahallah je. Ada yang dapat imam best, jadi bestlah. Dapat yang tak best, tunggulah dengar dia baca sampai habis.


Tarawih, ramai yang tak tau sejarahnya. Orang melayu akan ingat selawat dan doa lepas tarawih 2 rakaat tu macam wajib ada. Tidak begitu semestinya. Nama pun ‘tarawih’, maknanya berehat-rehat. Zaman Nabi solat 2 rakaat, rehat, 2 rakaat, rehat, tu yang sampai ke subuh. Betulkan aku kalau salah. Tapi orang kita ni, selawat dengan doa tu yang nak laju (solat tarawih, lagilah laju!), rehat pebendanya tu? Selawat “Sallallahu wassalamu ‘alaih” tu bila sebut cepat-cepat apa yang dengar hujung je ‘alaiiiiihhhh…’, yang depan lintang pukang. So dari selawat dan doa macam tu baiklah lepas bagi salam tu lepak 10 saat camtu, selawat sendiri-sendiri ke, pastu bangunlah solat semula. Yang lebih canggih dan best, macam sesetengah masjid/surau buat, lepas 4 rakaat, ada tazkirah dalam setengah jam. Memang bagus sangat, sambil rehat-rehat dengar tazkirah. Habis tazkirah sambung tarawih balik, cukupkan 8 rakaat je pun tak apa sebab Nabi pun tak buat 20 rakaat (habisla aku kena hentam). Kalau nak buat tazkirah lepas 8 rakaat pun boleh jugak, tapi tarawih dah habis. Takut jemaah yang tinggal hanya imam dengan bilal je. Kurang kena la dengan konsep solat tarawih. Tak pernah pulak aku dengar surau/masjid buat tarawih 20 rakaat, siap dengan tazkirah lagi. Itu memang nak kena bebel dengan ahli kariah la tu. Hehe..



Macam kat UIA, lepas bagi salam senyap je, pastu bangun solat balik. Cara ni lebih tenang dan tak tergopoh-gapah. Itu yang best dan uniknya tarawih kat UIA ni. Lagi-lagi kalau IDRIS BACHIR jadi imam. Memang imam favourite aku, standard imam kat Haramain. Siapa yang berkesempatan datanglah tarawih di UIA.


Dulu ada buat post pasal Idris Bachir sebelum tau dia --> Imam Feveret




Selamat bertarawih…rebutlah peluang di malam-malam Ramadhan ni.

Read more...

Ogos datang lagi

Technically 11/8 yang lalu genaplah usiaku 23 tahun. Bak kata kakakku dalam wishnya, "dah bujang la die". Bangga dapat gelaran bujang tu. Hehe! Syukur kepada Allah s.w.t. yang masih mengizinkanku menghirup oksigennya sehingga aku mampu bernafas hingga ke saat ini. Thank You for all the things that You've done!

Yang menarik tahun ni 11 Ogos bersamaan 1 Ramadhan. Dapatlah muhasabah diri dengan lebih berkesan lagi. Dan tahun ni tahun last celebrate (celebrate ker?) kat UIA. Mungkin juga tahun terakhir dapat hadiah yang banyak :p. Harap dapat meraikan dengan orang yang tersayang (ada ker?) pula tahun-tahun depan.

Segunung TERIMA KASIH yang memberi warm wishes untukku. Di Facebook, Twitter, SMS dan MMS. Ini membuktikan kalian sahabat saya dunia akhirat.

Dan paling hebat kepada mereka yang sangat-sangat baik hati & pemurah dengan sanggup membelanjakan duit memberi hadiah kepadaku. Nak sebut ke taknak, nak sebut ke taknak??? Sebut jela... jersi England, kemeja long sleeve, t-shirt, wallet, coklat dan kad. InsyaAllah saya seikhlas anda semua akan membalas jasa kalian. Semoga Allah merahmati kalian. ^___^

Oo ye. Tak lupa juga buat mereka yang buat kejutan birthdayku sebelum ramadhan hari tu. Memang sangat-sangat tak disangka sebab ingatkan benda tu untuk celebrate birthday orang lain. Last-last kena jugak jadi mangsa tepung. Hehe!

THANK YOU VERY MUCH...

p/s: Tak sempat nak bergambar dengan hadiah dan upload.

Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP