Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Football Manger 2009

Thursday, November 27, 2008


Minggu lepas, Sega telah melancarkan game strategi bola sepak paling popular, Football Manager 2009. Dengan pelancaran game ini, fenomena tak tidur malam akan kembali melanda setiap penggemar game ini khususnya student-student uia. Tidur 3-4 pagi dah menjadi kebiasaan. Masa lapang walaupun sedikit diisi dengan bermain FM. Sebelum ke kelas, sebelum mandi, lepas solat subuh dan sebagainya. Masa berlalu teramat pantas bila bermain game ini dan ada seperti kuasa yang menghalang untuk menutupnya. Lebih-lebih lagi apabila kita menekan button ‘Continue’ dan ‘ Go To Match’.


Selamat bermain…enjoy!


Some new features of FM 2009


  • 3D feature dengan pelbagai sudut kamera.
  • Interaksi yang banyak antara manager dengan assistant.
  • Player boleh mintak no jersi kesukaannya.
  • Goalkeeper ada 3 attributes baru: first touch, free kick taking dengan penalty tacking.
  • Ada record untuk fastest goal.




Jom tengok trailer game ni




Read more...

Prison Break 412

Wednesday, November 26, 2008

Oh ho! Lots of stuff happens in this episode of Prison Break. Ingatkan lepas dapat Scylla tu terus habis cerita. Rupanya datang masalah baru. Kesian geng-geng Michael kena tipu hidup-hidup. Dipendekkan cerita time cerita nak ke penghujung, Self ada kasi transfer papers kat Michael. Pastu Self siap panggil ambulans untuk Michael. Tungu-tunggu tak datang-datang. Cek kat dalam envelope rupa-rupanya berisi kertas kosong je.




Kalau tengok tajuk pun dah tau. SELFLESS…Nak cerita pasal climax of the story, Agent Don Self yang selama ni banyak tolong Michael rupanya adalah seorang double-crossing meany. Talam dua muka. Memang pandai berlakon. Agent Trishanne (Gate receptionist) yang last few episodes banyak tolong Self, pun jadi mangsa bunuh. Jahatnya..isk3!



Let the games begin…Apa akan terjadi dengan agent Don Self? Berjayakah dia dengan tipu helah dia selama ini? Huhu..tunggu minggu depan! Self, you bastard!! Are you going to betray the team?



Antara babak yang sempat dirakamkan...


Inilah casing yang menyimpan Scylla

You better watch your mouth, old man!

Sorry! Bulan ni gaji takde.

Read more...

Jersi Malaysia terbaru

Sunday, November 23, 2008


Poster punyalah gempak... agak teruja jugaklah! So, inilah dia jersi terbaru Malaysia yang akan disarung for the 1st time untuk Suzuki Cup a.k.a. SEA Cup Disember nanti. Diharap peristiwa 0-5, 0-4 tidak berulang lagi.

Cuma aku pelik camne si Nizarudin ni boleh jadi model lak? Dah la tak star langsung!

Read more...

Melantak coklat


Minggu melantak coklat...sampai muntah!

Read more...

Jalan-jalan ke Langkawi

Saturday, November 22, 2008

Antara gambar yang terpilih dan sempat dirakamkan...

Langkawi banyak limbungan kapal layar mewah

Inilah beras terbakar sejak zaman Siam dulu...padahal baru bakar minggu lepas

Tinggi...gayat seyh!

Cantik pemandangan...subhanallah!

At the top of Langkawi

Jinak...ingatkan dia patuk

First time nampak binatang ni. Ia dipanggil bearcat a.k.a. binturong

Arr...nabbb! Bukan mioww..

Lambang kesucian seorang wanita...yo la tu!

Tak dinafikan Langkawi satu pulau yang sangat cantik dan banyak benda yang boleh dibuat. Ni belum aktiviti air dan shopping lagi. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...lagi baik kat negeri sendiri. Inilah yang aku dapat umpamakan percutian kat Langkawi ni lebih best daripada holiday kat Bali dulu. Cuma takde gunung berapi je...hehe!

Read more...

Zina hati dan cara mencegahnya

Tuesday, November 18, 2008

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.



Rasulullah s.a.w. bersabda, “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.”



Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah, “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” (Surah Yusuf : 24)

Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.


Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepadaNya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.”

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.


Ibnu Qayyim mengatakan, “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.



Wallahua’lam…


Read more...

  © Blogger template Writer's Blog by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP